Home > Berita > 1.2 Juta Rakyat Malaysia Dikesan Tak Ada Lesen Memandu- JPJ

1.2 Juta Rakyat Malaysia Dikesan Tak Ada Lesen Memandu- JPJ

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.



Padang Besar, 20 Sep: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan 1.2 juta rakyat di negara ini yang layak mendapat lesen memandu tetapi tidak mempunyai lesen tersebut.

Menuru Pengarah JPJ, Datuk Nadzri Siran, JPJ giat mengadakan kempen bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan memiliki lesen memandu yang sah serta akan memastikan mereka mendapat lesen tersebut.

Belum dikenal pasti sama ada mereka ini langsung tidak mempunyai lesen kerana memang tidak mahu memandu, tidak memiliki kenderaan atau semata-mata bergantung kepada pengangkutan awam.

Bagaimanapun bilangan mereka ini perlu dikesan puncanya agar tidak berlaku masalah keselamatan di jalan raya lebih-lebih lagi jika mereka memandu tanpa lesen,” katanya di sini, hari ini.

Nadzri berkata, perkara itu selaras dengan Pelan Keselamatan Jalan Raya 2014 – 2020 yang menyasarkan pengurangan sehingga 50 peratus kadar kemalangan maut di negara ini dengan 62 peratus darinya melibatkan kemalangan motosikal.

Mengikut statistik, 6,700 kemalangan maut direkodkan tahun lalu, dan bilangan itu membimbangkan, terutama 30 peratus daripada jumlah berkenaan membabitkan pelajar sekolah.

Sumber : Harian Metro

sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *