Home > Berita > 10 Aktres Malaysia Terpopular era 2010an

10 Aktres Malaysia Terpopular era 2010an

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Terdapat 10 pelakon wanita yg sgt popular dan menjadi perhatian peminat hiburan Malaysia di era 2010 an ini. Mereka ini boleh dikategorikan sebagai ikon budaya pop Malaysia pada zaman ini kerana terkenal dengan bakat lakonan, berita sensasi, dan pastinya populariti mereka berada di tahap yg tertinggi dalam karier mereka. Kesemua artis wanita yg tersenarai ini adalah pelakon yg mempunyai X-Factor dan mempunyai aura tersendiri dalam menarik perhatian para peminat seni tanahair untuk mengikuti perkembangan kerjaya mereka dalam bidang lakonan dan juga hal-hal isu hangat sensasi mereka sepanjang mereka bergelar sebagai anak seni ini.

Erra Fazira, Nora Danish, Rozita Che Wan.

01.Nora Danish

Nama Nora Danish atau sesetengah peminat hiburan Malaysia memanggilnya dengan short name ND adalah Pelakon Wanita No.1 Malaysia ketika ini. Tidak kira drama mahupun filem, kesemuanya pasti menarik perhatian para peminat untuk menontonnya. ND juga boleh dikatakan satu2x nya pelakon wanita yg maintain filem box office utk 2,3 tahun kebelakangan ini dan drama beliau juga sgt popular di kalangan peminat tanah air seperti drama Tentang Dhia.ND juga mempunyai pengaruh yg sangat kuat di kalangan penggemar media sosial kerana instagram beliau adalah antara instagram selebriti yg paling ramai pengikutnya di Malaysia. Sehingga Julai 2016, ND mempunyai 3.6 juta pengikut instagram. Selain itu, ND juga popular dengan isu-isu hangat sensasi yg pastinya akan mengangkat nama ND lebih popular dan relevan sehingga kini. Kalu korang selalu tgk Youtube, nama ND selalu jadi pilihan utk dijadikan rujukan wanita tercantik di Malaysia seperti yg terdapat di dalam video komentar daripada Korea Selatan dan Amerika Syarikat. 

Asal : Kuala Terengganu, Terengganu

Umur : 34 tahun

Filem/Drama Popular : Puteri, Polis Evo, Tentang Dhia, Bencinta, Mak Cun

02.Rozita Che Wan

Nama Rozita Che Wan atau juga dikenali sebagai Che Ta mmg sentiasa hangat dan sensasi. Terkenal dengan imej dan fesyen yg up to date  tetapi tetap maintain dengan loghat Kedah beliau menjadikan antara beliau selebriti yg unik dan  terkenal dengan gaya tersendiri. Style make up dan bulu mata beliau sememangnya trademark beliau yg tidak asing lagi. Walaupun Che Ta popular dengan drama komedi tetapi Che Ta juga boleh membawakan watak serius seperti di dalam drama Susuk 2, Manjalara dan Sesuci Kasih Sofiya. Selain itu, Che Ta juga dikenali sebagai seorg yg pandai memasak kerana pernah menyertai Masterchef Selebriti Malaysia dan mendapat tempat ketiga. Che Ta ini juga popular dengan pelbagai isu hangat sensasi & gossip sama seperti mana ND & Nur Fazura juga. Walaupun Che Ta tidak menonjol di dalam filem, tapi Che Ta ada satu aura yg pastinya ramai org tertarik dengan  apa jua beliau lakukan sehingga menjadi topik utama di media sosial dan akhbar tabloid tanah air. Tak ramai artis Malaysia ada aura X Factor macam Che Ta dan itulah kelebihan Che Ta.

Asal : Alor Setar, Kedah

Umur : 43 tahun

Filem/Drama Popular : Diari Ramadan Rafique, Kiah Perkasam, Kak Marr

03.Erra Fazira

Primadona Filem Melayu Alaf Baru ini sememangnya tiada tandingan  dan tetap maintain popular dari era 90 an sehinggalah kini. Pernah memenangi dua kali Pelakon Filem Wanita Terbaik FFM dan 7x menang Pelakon Filem Wanita Popular. Ianya satu rekod terbaik daripada dua anugerah berbeza konsep tapi kedua2x fokus pada aspek lakonan. Terbaik dan popular. Itulah boleh dikatakan kepada ikon budaya pop Malaysia iaitu Erra Fazira. Cuma bila memasuki era 2010 an, Erra menghadapi saingan yg sengit dari sudut populariti kerana nama ND, Che Ta & Nur Fazura boleh kata setiap tahun trending dengan isu2x hangat sensasi. Manakala, Erra pula lebih selektif dan fokus pada bidang tertentu sahaja tapi tetap popular di mata peminat tanah air. Bekas Ratu Cantik Malaysia ini juga dikenali sebagai salah seorang artis yg serba boleh dan juga penyanyi wanita popular. Beliau pernah memenangi pertandingan Mentor TV3 beberapa tahun lepas dan ini menunjukkan kekuatan dan populariti Erra dalam bidang seni samada lakonan dan nyanyian adalah sama dan seiring sejalan. 

Asal : Rawang, Selangor

Umur : 42 tahun

Filem/Drama Popular : Sembilu, Maria Mariana, Pasrah, Soal Hati

04.Nur Fazura

Ramai mengetahui yg Nur Fazura ni adalah ikon fesyen Malaysia dan juga salah seorang pelakon wanita terbaik Malaysia. Beliau baru saja memenangi anugerah Pelakon Filem Wanita Terbaik FFM baru2x ini. Terkenal dengan imej urban dan pengacara serba boleh ini juga boleh menyanyi dengan baik. Nur Fazura juga pernah ditemuramah oleh media luar negara seperti di rancangan talkshow Filipina dan Indonesia. Dari sudut isu hangat sensasi, Fazura berada sama level dengan ND dan Che Ta. Fazura juga the only and 1st artis yg ada rancangan realiti sendiri yg di tayangkan di E News Asia iaitu Facing Up With Fazura. Cuma Fazura jarang keluar dengan drama kerana lebih fokus pada filem. Ini secara tidak langsung memberi kelebihan kepada Primadona Malaysia Erra Fazira untuk berada di tangga ketiga kerana banyak drama esklusif Erra yg meletop di TV seperti Pontianak Kg Batu, Menantu vs Mertua dan banyak lagi. Walaupun begitu, Fazura tetap menjadi satu nama yg gah dan popular kerana mempunyai banyak peminat setia yg sentiasa menyokong beliau daripada dulu sehingga kini. 

Asal : Pekan, Pahang

Umur : 32 tahun

Filem/Drama Popular : Manisnya Cinta Di Cappadocia, Gol & Gincu, Pisau Cukur

05.Maya Karin 
Pelakon terbaik dan serba boleh ini sememangnya sgt popular dan terkenal di Malaysia.  Pelbagai watak telah Maya Karin lakonkan dengan sgt cemerlang seperti watak pontianak, ikan duyung, tomboi, wanita teraniaya, komedi dan terbaru watak org psiko. Maya Karin juga seperti Erra Fazira yg berjaya  memenangi anugerah terbaik dan popular di dalam sepanjang karier mereka. Malah, Maya Karin juga  pelakon wanita paling kerap dicalonkan di Festiva Filem Malaysia utk kategori lakonan terbaik iaitu sebanyak 8 kali. Kehebatan Maya juga terserlah apabila pernah memenangi pelakon terbaik di festival filem luar negara seperti di Jepun dan Sepanyol.

Asal : Bayreuth, Jerman

Umur : 36 tahun

Filem/Drama Popular : Pontianak Harum Sundal Malam, Duyung, Ombak Rindu, Waris Jari Hantu

06.Lisa Surihani

Terdapat dua persamaan  yang ketara di  antara Lisa Surihani dengan Erra & Maya iaitu  kesemua mereka ini pernah memenangi aktres terbaik dua kali di Festival Filem Malaysia dan juga pernah menang anugerah aktres popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Lisa juga diakui antara aktres terbaik Malaysia kerana boleh membawa pelbagai watak dengan baik. Di awal kemunculan beliau pernah dikatakan Lisa adalah bakal Primadona era moden selepas Erra Fazira kerana mempunyai bakat, populariti dan kecantikan yg setara. Lisa juga dikenali artis yg kurang gosip  dan berita hangat sensasi.

Asal : Kuala Lumpur, Malaysia

Umur : 30 tahun

Filem/Drama Popular : Lagenda Budak Setan, Istanbul Aku Datang, Suami Encik Perfect 10.



07.Fasha Sandha

Fasha Sandha merupakan artis wanita pertama yg pernah menang kedua-dua anugerah popular utk TV dan Filem di Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Di awal kemunculan beliau juga selalu dikaitkan dengan isu hangat sensasi tetapi semuanya hanya sementara sahaja. Kini, Fasha merupakan salah seorang aktres wanita yg sgt popular di Malaysia sejak pertengahan 2000 an sehingga kini. 

Asal : Johor Bahru, Johor

Umur : 32 tahun

Filem/Drama : Cicakman, Natasha, Sutera Maya

08.Ayda Jebat

Salah seorang artis yg wujud ketika era 2010an dan berjaya masuk Top 10 ialah Ayda Jebat. Walau pun Mira Filzah dan Janna Nick sgt popular ketika ini, namun populariti luar biasa Ayda sejak tahun 2014 sehingga bertahan sehingga kini adalah satu perkara yg luar biasa kerana dapat maintain populariti di saat ramai bakat baru aktres wanita muncul ketika ini. Di era 2010 an ini, saingan aktres baru sangat sengit kerana banyak drama baru muncul dengan aktres baru dan popular. Kebolehan Ayda utk menyanyi dengan baik juga memberikan satu kelebihan kepadanya utk terus maintain popular. Ayda juga seorang yg sgt mesra peminat dan jika populariti Ayda maintain lagi beberapa tahun, Ayda boleh jadi aktres no.1 Malaysia. 

Asal : Merlimau, Melaka

Umur : 24 tahun

Filem/Drama : Rindu Awak 200%, M.A.I.D., Suami Sebelah Rumah

09.Emma Maembong

Buat masa ini, yg boleh lawan populariti Ayda Jebat ialah Emma Maembong. Ini kerana kedua-duanya sudah popular sejak awal 2010 an lagi dan maintain populariti sehingga skang. Malah, kedua-duanya mempunyai nama yg unik dan mudah utk peminat hiburan ingat. Emma juga telah memenangi pelakon tv wanita popular di Anugerah Bintang Popular BH baru2x ini. 

Asal : Kuala Terengganu, Terengganu

Umur : 24 tahun

Filem/Drama : Projek Memikat Suami, Isteri Separuh Masa, Tersuka Tanpa Sengaja

10.Scha Al Yahya

Pemenang Dewi Remaja 2005/06 ini sememangnya amat popular dengan drama komedi romantik beliau dan juga isu2x hangat sensasi. Scha juga turut  dikenali sebagai pengacara tv popular dan pernah mengacara rancangan Muzik Muzik dan Gempak Superstarz. Scha juga antara aktres era 2000 an yg masih maintain populariti mereka di era ini bersama dengan aktres sezaman beliau iaitu ND, Che Ta, Maya Karin, Nur Fazura. Lisa Surihani dan  Fasha Sandha. Jika anda pernah menonton drama Jodoh di Astro, masa ini ada ramai pelakon wanita baru berlakon dalam cite ini seperti Janna Nick, Amyra Rosli, Reen Rahim, dan ramai lagi. Drama lakonan Scha ini juga telah mempopularkan ramai pelakon wanita baru ketika itu kepada industri hiburan tanah air. 

Asal : Sungai Petani, Kedah

Umur : 33 tahun

Filem/Drama : Awan Dania, Jodoh, Isteri Vs Tunang

Sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *