Home > Berita > 3 Sekeluarga Maut Dikelar Di Melaka

3 Sekeluarga Maut Dikelar Di Melaka

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

3 Sekeluarga Maut Dikelar Di Melaka

maut

Tiga sekeluarga maut dan dua lagi cedera parah selepas dikelar oleh seorang lelaki dipercayai ahli keluarga di Kampung Bertam-Malim, Melaka.

Kejadian ini berlaku kira-kira jam 6.30 pagi tadi yang mana saksi memberitahu terdengar bunyi jeritan yang kuat sekitar waktu tersebut.

Ketua Polis Melaka Datuk Ramli Din memberitahu setakat ini tiga mangsa disahkan meninggal dunia dalam rumah iaitu dua lelaki dan seorang wanita masing-masing berusia 70 tahun, 62 tahun, dan 22 tahun.

Sementara itu, dua orang lagi mangsa wanita berusia berusia 24 tahun dan 27 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian bahu, seorang lagi wanita berusia 80 tahun mengalami kecederaan ringan dan kini dirawat di Hospital Melaka.

Ini kenyataan pihak Polis:

“Kita sedang siasat motif pembunuhan namun suspek dipercayai ahli keluarga yang tinggal bersama dalam rumah ini.

“Kita sudah mengenal pasti suspek, lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai penagih dadah tegar dan kita yakin suspek dapat ditahan dalam tempoh terdekat,”

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, suspek bunuh tiga sekeluarga itu telah berjaya ditahan selepas kereta dilarikannya dikesan di perkarangan masjid di Bukit Rambai di mana dia telah memakai jubah biru. -PENMERAHDOTCOM

14089314_1757640417827135_2340155320811381274_n

Sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *