Home > Berita > (4 Gambar) Power Bank Terbakar, Paha Jurukamera Melecur

(4 Gambar) Power Bank Terbakar, Paha Jurukamera Melecur

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

(4 Gambar) Power Bank Terbakar, Paha Jurukamera Melecur

kaki lecur

Seorang jurukamera Bernama melecur di paha kiri apabila power bank yang diletakkan di dalam begnya telah mengeluarkan api dan terbakar secara tiba-tiba.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam ketika jurukamera itu sedang bertugas membuat liputan berita di satu majlis di Chow Kit, Kuala Lumpur.

Ini komennya:

“Saya duduk di kerusi sambil memangku beg di atas paha, tiba-tiba seorang wanita menjerit melihat beg saya terbakar di bahagian bawah,”

“Power bank itu hadiah yang saya terima semasa membuat liputan dan baru menggunakannya semalam, saya juga telah mengecas penuh power bank itu namun tidak sempat menggunakannya hari ini,”

Akibat kebakaran dari powerbank itu, separuh paha kirinya melecur, dua pen drive di dalam beg hangus manakala beg tersebut berlubang di bahagian bawah dan kesan terbakar.

Beliau kemudiannya mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Taman Melawati akibat melecur teruk di bahagian paha kirinya.

Ini pula komen dari adik mangsa:

Salam. Take note and take care semua 
Kejadian siang tadi : 25/8/2016
– Power bank TIDAK ON.
– Power bank sedang TIDAK DIGUNAKAN.
– Power bank berada di dalam beg tapi diriba.
– Power bank brand P**ENG.

Tiba tiba sahaja power bank itu mengeluarkan api dalam masa 5 saat je bag dan seluar jeans terbakar. Bayangkan seluar jeans pun boleh tembus . Ini berlaku kepada abang saya , Cameraman Bernama Tv ( Bernama News Channel ( BNC ) , Awie.
It could happen to anyone.
Perkongsian buat semua sahabat
diluar sana … Berhati hati ya.
Bayangkan power bank berada di
dalam poket seluar . Ya Allah … Ngeri 
Kalau sesiapa yang pergi travel ,
elakkan letak powerbank dlm kargo juga ya. Sumpah kena take serious! Dan juga itu tengah x on, bayangkan kalau tgh on pastu atas tapak tangan pula 
Nauzubillahhiminalzalik.
Apapun salam takziah buat abg saya semoga beliau cepat sembuh.
Amin .

Semoga cepat sembuh dan berhati-hati guna powerbank, yang pasti sila beli yang original. -PENMERAHDOTCOM

pb (1)pb (2)pb (3)pb (4)

Sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *