Home > Berita > 5 MAKANAN YANG SIHAT DAN BAIK UNTUK KULIT

5 MAKANAN YANG SIHAT DAN BAIK UNTUK KULIT

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

avocado

5 MAKANAN YANG SIHAT DAN BAIK UNTUK KULIT  | Menjaga kecantikan adalah penting bagi wanita. Ramai yang menghabiskan masa ke tempat-tempat seperti spa dan salon kecantikan untuk mendapatkan kulit yang cantik.

Namun begitu, bagi anda yang tiada masa ke tempat begitu,  boleh juga mengamalkan pemakanan yang sihat  dan baik untuk kecantikan kulit.

Berikut beberapa makanan yang sihat dan baik untuk kecantikan kulit :

1.Buah Oren

Mengandungi banyak vitamin C yang amat baik untuk kesihatan kulit. Vitamin C yang terdapat dalam buah oren dapat meningkatkan pengeluaran kolagen dan elastin di dalam tubuh di mana ia berfungsi untuk mengurangkan kedutan dan melambatkan penuaan kulit.

Buah oren juga dikatakan dapat memperlambatkan pengeluaran melanin yang merupakan pigmen yang membuat kulit kelihatan lebih gelap. Jika anda mahukan kulit yang lebih cerah, anda disarankan untuk pengambilan oren segar satu kali dalam sehari.

2.Minyak Zaitun

Dikatakan makanan yang paling sihat untuk kulit. Caranya anda perlu masukkan beberapa titis minyak zaitun sebagai penyedap untuk salad buah-buahan dan sayuran yang anda masak. Minyak zaitun mempunyai asid lemak yang essensial yang mampu membuatkan kulit nampak cerah, bercahaya dan sihat.

3. Sayur-Sayuran

Banyakkan memakan sayur-sayuran merah dan hijau seperti bayam, lobak merah dan brokoli. Ini kerana ia mempunyai beta-carotene yang berfungsi sebagai antioksidan untuk kulit. Beta-carotene juga akan diubah oleh tubuh menjadi vitamin A yang berguna untuk memerangi jerawat, menghasilkan sel kulit baru dan membuat warna kulit menjadi lebih muda dan cerah.

4.Ikan Yang Kaya Dengan Lemak Omega-3

Ikan sememangnya kaya dengan asid lemak Omega-3. Ikan seperti sardin, tuna dan salmon mengandung protein boleh melindungi kulit dari pancaran sinaran matahari dan pencemaran udara. Makanan yang baik untuk kulit seperti itu mengandungi protein di dalamnya yang akan membantu pertumbuhan sel dan membuat kulit jadi lebih bercahaya.

5.Avokado

Mempunyai vitamin E yang berfungsi untuk melambatkan proses penuaan dan membersihkan kulit dari segala noda seperti bekas-bekas jerawat, bintik-bintik hitam dan jeragat dan sebagainya. Pengambilan buah avokado secara teratur dikatakan mampu mencegah kulit menjadi kendur kerana disebabkan pertambahan usia.

Sumber-woman online magazine

 

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *