Home > Berita > 5 SEBAB PERLU MAKAN KACANG PISTA

5 SEBAB PERLU MAKAN KACANG PISTA

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

5 SEBAB PERLU MAKAN KACANG PISTA | Kacang pista atau disebut Pistachio merupakan kacang yang dapat membantu menguatkan daya ingatan selain badam dan kismis. Ia juga dikatakan mampu meningkatkan pandangan mata.

Kacang pista agak mahal kerana tidak tumbuh di negara kita. Berikut 5 sebab perlu makan kacang pista.

1.Mengurangkan kolesterol

Pistachio juga membantu mengurangkan kadar kolesterol jahat dalam darah anda. Ia sekaligus mencegah risiko serangan jantung dan strok. Pistachio juga membantu dalam mengurangkan masalah tekanan darah tinggi dan diabetes.

2.Bagus untuk kesihatan otak

Pistachio kaya dengan vitamin B6, yang sangat penting untuk otak anda. Vitamin ini mencegah kerosakan otak dengan meningkatkan pengaliran darah ke otak. Hal ini akan meningkatkan memori dan fokus anda pada sesuatu.

3.Bagus untuk mata

Kacang Pistachio mampu meningkatkan pandangan mata anda dan mencegah penyebab utama kepada masalah buta.

4.Memberikan tenaga

Pistachio menyediakan nutrisi penting untuk tubuh anda. Ia memberikan tenaga kepada badan anda untuk melakukan aktiviti harian.

5.Awet muda

Pistachio menunda penuaan dan membuat anda kelihatan awet muda. Antioksidan yang ada dalam pistachio membantu mencegah dan menunda penuaan dengan menghapuskan radikal bebas dari tubuh.

Sumber- wanista.com

kacang pista

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *