Home > Berita > 6 MAKANAN YANG BAGUS UNTUK KECERDASAN OTAK

6 MAKANAN YANG BAGUS UNTUK KECERDASAN OTAK

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

makanan yang bagus untuk kecerdasan otak

6 MAKANAN YANG BAGUS UNTUK KECERDASAN OTAK | Jom ketahui makanan yang baik dan mencerdaskan  otak.

 1.Brokoli

Mengandungi vitamin dan mineral yang sangat diperlukan otak seperti vitamin B6, vitamin E, asid lemak Omega-3, kolin, protein, zinc dan selenium. Vitamin dan mineral ini bertindak balas terhadap sel-sel otak.  Brokoli juga turut merupakan sumber kalsium, zat besi, mangan, vitamin A, vitamin B1 dan tembaga.

 2.Bayam

Mengandungi vitamin E dan folat. Vitamin E berfungsi untuk mempertajamkan fungsi kognitif. Asid folat pula mampu melancarkan perjalanan darah dalam tubuh.

3.Telur

Di dalam kuning telur terdapat ‘choline’ yang berfungsi untuk perkembangan otak, bermula bayi dari dalam kandungan , anak-anak sehinggalah berusia. ‘Choline’ membangun membrane sel yang memainkan peranan penting dalam pengeluaran molekul signal di otak, memperbaiki fungsi memori otak dan pelbagai fungsi berkaitan dengan kesihatan otak.

4.Oat

Glukos merupakan bahan bakar utama gar otak dapat menjalankan fungsinya. Oat(oatmeal) merupakan sumber karbohidrat tinggi. Namun karbohidrat dari oat merupakan karbohidrat kompleks, khususnya jia diperbuat daripada gandum asli yang mana karbohidrat akan dilepaskan secara perlahan-lahan oleh tubuh sehingga otak akan ‘kenyang’ beberapa jam lebih lama daripada kebiasaannya.

5.Ikan Salmon

Mengandungi asid lemak Omega 3 yang baik untuk otak dan fungsi kognitif secara keselurahannya. Omega 3 mampu meningkatkan fungsi otak pada orang dewasa usia produktif.

 6.Minyak Zaitun

Kandungan yang ada pada minyak ziatun dapat membantu meningkatkan memori dan mencegah pelbagai penyakit. Minyak zaitun juga bersifat antioksidan dan anti inflamsi yang keduanya penting untuk mencegah kanser.

Sumber- woman online magazine

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

One comment

  1. Memastikan sel-sel otak bersambuang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *