Home > Berita > 7 kepala manusia ditemui

7 kepala manusia ditemui

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

DURANGO: Pihak berkuasa Mexico menemui tujuh kepala manusia di jalan raya di sebuah bandar di Durango, utara negara itu.
“Tujuh kepala manusia ditemui di jalan raya di Santiago Papasquiaro,” kata jurucakap Pejabat Peguam Negara Durango, Raymundo Enriquez.
Ia ditemui di kawasan kediaman di bandar yang mempunyai penduduk seramai 40,000 orang itu, 750 kilometer ke barat laut Mexico City.
Turut ditemui ialah mesej yang ada kaitan dengan kumpulan penjenayah yang mengancam pegawai kehakiman tempatan.
Sebahagian Mexico, termasuk Durango, dicengkam keganasan yang ada hubungan dengan kumpulan penjenayah. Pembunuhan kejam, seperti memenggal kepala digunakan untuk menyampaikan mesej kepada musuh.
Kira-kira 50,000 orang dipercayai mati dalam keganasan yang ada kaitan dengan kumpulan dadah sejak Disember 2006 apabila Presiden Felipe Calderon mula mengerah tentera memerangi jenayah terancang.sumber

Carian ke artikel ini

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *