Home > Berita > 8 KEBAIKAN PENGAMBILAN BUAH AVOCADO

8 KEBAIKAN PENGAMBILAN BUAH AVOCADO

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

buah avocado

8 KEBAIKAN PENGAMBILAN BUAH AVOCADO | Buah Avocado sememangnya mempunyai banyak khasiat dan sering digunakan di dalam produk kecantikan. Avocado berbentuk lonjong dan berwarna hijau.

Isinya halus dan mempunyai rasa lemak. Ia boleh dimakan begitu sahaja. Selain itu, ia juga boleh dimasak dengan pelbagai masakan.

Berikut 8 khasiat dan kebaikan mengambil buah avocado.

1.Menghilangkan Nafas Berbau

Merupakan pencuci mulut yang terbaik dan bertindak untuk melawan nafas berbau. Ini kerana ia membersihkan usus yang merupakan punca sebenar kepada masalah nafas berbau.

2.Menggalakkan Kesihatan Mata

Mempunyai sumber lutein karotenoid yang dapat membantu melindungi mata daripada katarak.

3.Mengekalkan Kesihatan Jantung

Buah avocado mengandungi vitamin B6 dan asid foli.Ia berfungsi mengawal tahap homocysteine. Tahap homocysteine dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung. Avocado juga mengandungi vitamin E, glutation, dan lemak monotaktepu yang membantu dalam mengekalkan jantung yang sihat.

4.Mengawal Tekanan Darah

Avocado merupakan sumber besar kepada kalium, yang membantu dalam mengawal paras tekanan darah.

5.Penjagaan Kulit

Minyak avocado banyak digunakan di dalam pembuatan kosmetik. Ini kerana buah avocado mempunyai keupayaan untuk menyuburkan kulit dan membantu menambahkan seri dan cahaya kepada kulit. Selain itu, ia juga membantu merawat penyakit kulit seperti kemerahan dan kegatalan pada kulit

6.Ciri-Ciri Anti Penuaan

Mengandungi antioksida dan membantu mencegah gejala penuaan. Ia juga membantu meningkatkan sistem imunisasi, melambatkan proses penuaan, dan menggalakkan sistem saraf yang sihat.

7.Sumber Vitamin

Mengandungi vitamin A, B (termasuk B6, niacin dan riboflavin), C dan E dan kandungan galian seperti kuprum, magnesium, potasium dan zink. Ia tidak  mengandungi kolesterol dan sodium. Sumber yang ada dalam avocado ini mampu mengekalkan kesihatan tubuh secara menyeluruh.

8.Melindungi Daripada Kanser

Buah avocado juga boleh menghalang pertumbuhan kanser prostat dan juga berkesan dalam mencegah kanser payudara.

Sumber-wanista.com

 

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *