Home > Berita > AADC 2 Kembalikan Nostalgia Cinta-Rangga Selepas 14 Tahun

AADC 2 Kembalikan Nostalgia Cinta-Rangga Selepas 14 Tahun

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

PEMINAT filem Indonesia yang menjadi fenomena 14 tahun lalu, Ada Apa Dengan Cinta (AADC) sudah pasti tidak sabar ingin mengetahui pengakhiran kisah pasangan Rangga dan Cinta.

Bakal menghantui pawagam bermula 28 April ini, hubungan Rangga dan Cinta bakal terungkap menerusi naskhah sekuel yang diarahkan oleh Riri Riza.

aadc4

AADC yang dibintangi Dian Sastrowardoyo dan Nicholas Saputra bukan sahaja menjadi bualan peminat-peminat wanita sebaliknya turut hits di kalangan penonton lelaki yang cukup tersentuh dengan jalan cerita filem ini sejak ia ditayangkan pada 2002.

Bagi mengembalikan ingatan anda yang mungkin sudah ingat-ingat lupa jalan ceritanya, filem ini mengisahkan tentang percintaan antara dua remaja iaitu Cinta dan Rangga yang tercetus menerusi minat mereka terhadap karya puisi-puisi indah.

Semuanya bermula apabila Cinta yang selalu bergelar johan pertandingan puisi di sekolahnya tewas di tangan Rangga, seorang pelajar baharu.

Selain plot percintaan Cinta dan Rangga, AADC yang diarahkan oleh sutradara Rudy Soedjarwo turut menyelitkan subplot mengenai hubungan persahabatan penuh warna-warni antara Cinta dan empat rakan baiknya iaitu Maura, Alya, Carmen dan Milly.

Penghujungnya, hubungan Cinta dan Rangga terpisah selepas Rangga mengambil keputusan berhijrah ke kota New York bagi menyambung pengajian di sana.

aadc1

Selain keunikan storyline, AADC diperindahkan lagi dengan koleksi runut bunyi yang dihasilkan oleh genius muzik Indonesia, Melly Goeslaw dan suaminya, Anto Hoed.

Pasangan suami isteri itu sekali lagi diberi tanggungjawab yang sama dalam AADC 2 untuk menghasilkan original soundtrack (OST) yang setanding dengan lagu berhantu ciptaan mereka, Ada Apa Dengan Cinta dan Ku Bahagia.

aadc2

AADC 2 telah menjalani penggambaran di New York, Jakarta dan Jogjakarta bagi mengisahkan pertemuan semula Cinta dan Rangga selepas 14 tahun.

Mampukah filem AADC2 mengembalikan kegemilangannya? Sama-sama kita nantikan selepas 28 April nanti! – MYNEWSHUB.CC

Sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *