Home > Berita > Aidil Zafuan Diperintah Bayar Nafkah Tertunggak RM68,530

Aidil Zafuan Diperintah Bayar Nafkah Tertunggak RM68,530

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

PEMAIN bola sepak kebangsaan Mohammad Aidil Zafuan Abd Razak, 29, menerima perintah Mahkamah Tinggi Syariah supaya membayar nafkah tertunggak berjumlah RM68,530 kepada bekas isterinya Rita Rudaini Mokhtar, hari ini.

Aidil Zafuan juga diperintahkan oleh hakim Mawardi Che Man untuk membayar kos guaman yang telah ditanggung oleh Rita sepanjang prosiding perbicaraan kes berkenaan.

Aidil yang hadir ke mahkamah bersama peguamnya Rushdan Sujak dikehendaki menjelaskan kedua-dua bayaran tersebut dalam tempoh 45 hari bermula hari ini.

Tuntutan tersebut telah difailkan pada 14 Disember 2013.

Rita sebelum ini turut memfailkan tuntutan mutaah sebanyak RM300,000 dari bekas suaminya itu pada 7 Julai 2014 mengikut Seksyen 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Bagi tuntutan tersebut, mahkamah telah memerintahkan Aidil untuk membayar RM30,000 kepada Rita pada Oktober tahun lalu. -MYNEWSHUB.CC

Sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *