Home > Berita > Akhirnya Lan Pet Pet Tampil Buka Mulut Isu Kereta Kena Clamp

Akhirnya Lan Pet Pet Tampil Buka Mulut Isu Kereta Kena Clamp

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Akhirnya Lan Pet Pet Tampil Buka Mulut Isu Kereta Kena Clamp

lapet

Pelawak popular yang juga anggota kumpulan Senario, Mazlan Ahmad atau lebih dikenali sebagai Lan Pet Pet telah tampil membuka cerita tentang isu keretanya dikunci atau clamp baru-baru ini.

Satu video yang memaparkan dia mengamuk dan memarahi anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah menjadi viral di laman sosial Facebook.

Kejadian itu berlaku dan dirakam kira-kira jam 12 tengah hari di USJ 10, Subang Jaya. Lan Pet Pet dilihat bertengkar dengan anggota penguatkuasa selepas mereka mengunci tayar kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux miliknya yang diletakkan di depan sebuah bank.

Lan Pet Pet memberitahu dalam kejadian itu, dirinya sendiri yang bersalah selepas tidak meletakkan kereta di kawasan parkir yang disediakan ketika berurusan.

Ini komennya:

“Itu memang saya dan saya minta maaf. Saya janji takkan buat lagi.”

“Pihak MPSJ sudah menjalankan tugas dan kewajipan mereka. Saya sendiri jadi serba-salah apabila ramai yang menyalahkan penguatkuasa MPSJ apabila video itu menjadi ‘viral’ semalam, sedangkan saya sebenarnya yang melakukan kesalahan.

“Saya tidak menyalahkan mereka mengambil tindakan mengunci tayar kereta saya. Walaupun ketika itu isteri saya sedang menunggu dalam kereta lain di belakang kereta saya, ia tetap satu kesalahan,”

“Saya juga mahu menasihati orang ramai dan rakan artis untuk tidak sewenang-wenangnya membuat kesalahan jalan raya. Kalau mengetahui ia memang salah sendiri, segeralah meminta maaf,”

“Saya tak pasti siapa yang merakam video itu. Disebabkan mereka juga perkara ini kecoh dan ramai yang menyalahkan anggota penguatkuasa MPSJ. Pendek kata individu berkenaan cuba mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku.

“Apa pun perkara ini sudah diselesaikan dengan cara baik dan saya pun sudah membayar kompaun. Saya hormat mereka kerana masih boleh dibawa berbincang walaupun selepas saya memarahi mereka,”

Kejadian itu memberikannya satu pengalaman dan pengajaran baru buatnya. Lan berkata, perkara itu sudah diselesaikan selepas dia menjelaskan kompaun berjumlah RM80 kepada MPSJ. -PENMERAHDOTCOM

Sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *