Home > Berita > AKHIRNYA SAH MH370 JATUH DI MOZAMBIQUE!

AKHIRNYA SAH MH370 JATUH DI MOZAMBIQUE!

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

AKHIRNYA SAH MH370 JATUH DI MOZAMBIQUE!-PUTRAJAYA, 24 Mac — Dua serpihan yang ditemukan di Mozambique hampir pasti milik pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370, kerana kedua-dua bahagian itu konsisten dengan panel pesawat Boeing 777 Malaysia Airlines.

mh370 buktiMenteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pemeriksaan ke atas serpihan itu yang dijalankan oleh Geosains Australia dan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) di pusat kemudahan di Canberra, Australia sejak 21 Mac, selesai semalam.

Pemeriksaan dan analisis yang dijalankan ke atas serpihan itu dikendalikan oleh pakar antarabangsa daripada Pasukan Penyiasatan Keselamatan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) Annex 13 Malaysia bagi MH370, ATSB, Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan Boeing, katanya.

Liow berkata Pasukan Penyiasatan Keselamatan ICAO Annex 13 Malaysia menyatakan dimensi, bahan dan pembinaan kedua-dua bahagian itu sama dengan spesifikasi pesawat Boeing 777 dan cat penstensilan di kedua-dua bahagian sepadan dengan yang digunakan oleh Malaysia Airlines.

“Sehubungan itu, kedua-dua bahagian itu adalah konsisten dengan panel pesawat Boeing 777 Malaysia Airlines dan hampir pasti adalah dari MH370,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata lokasi di mana kedua-dua serpihan itu ditemukan di Mozambique adalah konsisten dengan hasil siasatan pemodelan hanyutan yang dijalankan oleh Pertubuhan Penyelidikan Saintifik dan Industri Komanwel (CSIRO).

Liow dalam kenyataan itu menyampaikan penghargaan Malaysia kepada pihak berkuasa Mozambique, Afrika Selatan dan Australia kerana sokongan padu dan bantuan yang mereka hulurkan.

Pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu hilang daripada radar semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014.

Pada masa ini, operasi mencari pesawat itu dijalankan di selatan Lautan Hindi, lokasi di mana ia dipercayai berakhir.

Sekeping serpihan, kemungkinan daripada bahagian ‘inlet cowling’ enjin pesawat ditemukan di persisiran pantai di selatan Afrika Selatan, berhampiran bandar Mossel Bay pada Selasa.

Liow berkata satu pasukan akan dihantar untuk mendapatkan serpihan itu di Afrika Selatan, dan pemeriksaan lanjut serta analisis diperlukan untuk mengesahkan sama ada serpihan itu milik MH370.

Hari ini, kerajaan Australia mengesahkan serpihan yang ditemui di Mozambique kemungkinan besar milik MH370.

Menteri Infrastruktur dan Pengangkutan Australia Darren Chester berkata demikian dalam kenyataan yang dimuat naik di http://miniter.infrastructure.gov.au/. — Bernama.sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *