Home > Berita > Amerika Syarikat punca kami sakit

Amerika Syarikat punca kami sakit

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

CARACAS – Presiden Venezuela, Hugo Chavez membuat spekulasi, kelmarin, bahawa Amerika Syarikat (AS) mungkin mempunyai teknologi atau cara untuk memberikan penyakit barah kepada pemimpin Amerika Latin.
Kenyataan kontroversi itu dibuat selepas Presiden Argentina, Cristina Fernandez menjadi pemimpin terbaru rantau itu yang dikesan mempunyai barah, Selasa lalu.
Chavez yang menjalani rawatan membuang ketumbuhan barah, Jun lalu, menegaskan beliau tidak membuat tuduhan liar sebaliknya hanya mengutarakan persoalan.
“Bukan sesuatu yang pelik jika AS telah membangunkan teknologi untuk memberikan penyakit barah kepada individu,” katanya dalam satu ucapan televisyen di Venezuela.
Chavez, Fernandez bersama-sama pemimpin berhaluan kiri lain, iaitu Presiden Paraguay, Fernando Lugo, Presiden Brazil, Dilma Rousseff dan bekas Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva kesemuanya dikesan mempunyai barah, baru-baru ini.sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *