Home > Berita > Angelina Jolie disaman

Angelina Jolie disaman

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Aktres “Salt”, Angelina Jolie telah disaman oleh seorang wartawan dan penulis warganegara Croatia, James J. Braddock yang mendakwa plot cerita filem pertama arahan Jolie, “In The Land Of Blood And Honey” meniru satu artikel yang ditulisnya pada tahun 2007.
Dipetik daripada Reuters, menurut saman yang difailkan di mahkamah persekutuan di Illinois itu, article Braddock dan plot filem yang turut ditulis oleh Jolie itu menceritakan kisah seorang mangsa rogol yang bekerja sebagai hamba di kem dipenuhi askar yang menganiaya dirinya.
“Karakter wanita tersebut telah didera dan dirogol berterusan oleh askar dan pegawai di kem tersebut. Pada masa yang sama, dia turut dipaksa menjadi hamba di ibu pejabat kem itu, satu tugas yang jarang sekali diberikan kepada tahanan,” menurut petikan saman yang turut menyamai dengan jalan cerita filem Jolie itu.
Braddock yang turut menggunakan nama Josip J. Knezevic telah menuntut pelanggaran hak cipta, sekaligus meminta diadakan perbicaraan dan ganti rugi.
Sebelum ini, Jolie telah dilarang untuk mengadakan penggambaran di Bosnia selepas pelbagai laporan mengatakan filem tersebut mengisahkan seorang mangsa rogol jatuh cinta kepada penyerangnya. Namun permit filem diberikan selepas Menteri Kebudayaan Bosnia diberikan skrip untuk dipertimbangkan.
“In The Land Of Blood And Honey” akan ditayangkan di Amerika Syarikat pada 23 Disember 2011.
SUMBER-yahoo news.

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *