Home > Berita > “Arwah Syed Alman Pilih Bius Seluruh Badan Untuk Pembedahan Pergigian” – Saksi

“Arwah Syed Alman Pilih Bius Seluruh Badan Untuk Pembedahan Pergigian” – Saksi

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Kuala Lumpur : Mahkamah Sesyen di sini, hari ini diberitahu bahawa Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi yang meninggal ketika mendapatkan rawatan pergigian memilih pembedahan menggunakan bius seluruh tubuh di Pusat Pakar Pergigian Imperial, tahun lalu.

Saksi pendakwaan ke-10, ketika kejadian bertugas sebagai Pembantu Pembedahan Pergigian di klinik itu, Noor Azima Mohd Nuwi, 26, berkata Syed Alman diberi dua pilihan sama ada mahu menerima rawatan pergigian dengan cara biasa iaitu suntik (ubat bius) pada gusi atau bius seluruh tubuh.

Beliau berkata, penjelasan berhubung penggunaan bius itu diberikan Dr Arlena Phillips Lee ketika Syed Alman hadir ke klinik itu pada 26 Mei 2016 untuk membuat temu janji bagi rawatan lanjut mengenai gigi bongsunya yang perlu dicabut.

Noor Azima berkata, penggunaan bius seluruh tubuh boleh menyebabkan pesakit lambat sedarkan diri dan sekiranya menggunakan ubat bius (disuntik), pesakit akan diberikan ubat tahan sakit iaitu Arcoxia dan ponstan serta antibiotik jenis Augmentin.

Selepas pesakit (Syed Alman) memilih untuk melakukan pembedahan pergigian dengan bius seluruh tubuh, Dr Arlena meminta pesakit pulang dan hadir kembali ke klinik pada 4 Jun 2016 untuk menjalani pembedahan pergigian.

Bagaimanapun pada 1 Jun 2016, selepas saya menyemak semula temu janji pesakit di komputer, saya dapati nama Syed Alman tertera dalam senarai itu. Saya menelefon pesakit dan seorang yang wanita menjawab panggilan itu, memaklumkan bahawa Syed Alman sedang dalam perjalanan ke klinik,” katanya.

Beliau berkata, lebih kurang jam 5.30 petang Syed Alman tiba di klinik dan selepas proses pendaftaran selesai, pesakit dibawa naik ke bilik rawatan Melbourne.

Katanya, ketika itu juga beliau melihat Doktor Perbidanan dan Sakit Puan (O&G) Dr Ting Teck Chin masuk ke dalam bilik sama.

Saya tidak mengenali Dr Teck Chin tetapi sepanjang bekerja di klinik itu saya pernah melihat Dr Teck Chin menjalankan prosedur bius terhadap pesakit malah pernah mendengar mengenainya daripada kakitangan klinik.

Saya juga melihat Dr Teck Chin memasukkan satu intravenous (IV) line di tangan kanan Syed Alman dan sementara menyediakan peralatan untuk pembedahan pergigian, saya menoleh kepada pesakit dan mendapati dia sudah tidur di atas kerusi rawatan,” katanya.

Sreekant Pillai bertindak sebagai peguam klinik terbabit yang diwakili Yen Ling.

Timbalan Pendakwa Raya Nadia Zulkefli mewakili pihak pendakwaan dalam perbicaraan di hadapan Hakim Harmi Thamri Mohamed @ Shaharuddin.

Pada 12 Ogos 2016, pusat pergigian itu yang diwakili pengarah syarikatnya Dr Wong Yen Ling mengaku tidak bersalah atas sembilan pertuduhan berhubung kematian menantu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Syed Alman.

Sumber : Berita Harian

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *