Home > Berita > Atlet Menangis Kena ‘Boo’ Penonton

Atlet Menangis Kena ‘Boo’ Penonton

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Atlet Menangis Kena ‘Boo’ Penonton

at

Atlet lompat galah Perancis dan juga pemegang rekod dunia, Renaud Lavillenie menangis di atas podium selepas menerima pingat gangsa akibat ‘diboo’ oleh penyokong tuan rumah Brazil.

Ranaud Lavillenie sebelum itu juga teruk diejek dan ‘diboo’ oleh para penonton ketika sedang beraksi dan membuat lompatan.

Beberapa akhbar antarabangsa telah mengecam tindakan tersebut dan mengatakan penyokong Brazil bertindak biadab dan tidak menghormati atlet negara lain yang bertanding di Olimpik.

Kejadian tersebut mendapat liputan meluas dan beberapa atlet dan bekas atlet dari negara lain mengecam tindakan penyokong Brazil yang disifatkan sangat melampau.

Ini antara luahan dari bekas atlet antarabangsa:

“Mereka (penyokong Brazil) sudah menyaksikan Sukan Olimpik sebelum ini, mereka harus bukan itu caranya untuk melayan pemegang rekod dunia,” kata atlet gimnastik yang sudah bersara dari Britain, Gabby Logan.

“Mereka (penyokong Brazil) macam tidak berapa bijak,” kata Denise Lewis, atlet olahraga juga dari Britain.

“Ia sangat tidak patut. Sangat malu dengan penyokong Brazil malam ini (malam tadi). Sokonglah penyokong anda macam mana pun tetapi jangan sesekali tidak menghormati atlet negara lain,” kata atlet olahraga Britain, Paula Radcliffe.

Kejadian berkenaan juga menarik kecaman meluas dari warga maya terutamanya pelayar di laman Twitter, Facebook dan Youtube yang mengikuti perkembangan Sukan Olimpik di Rio, brazil tahun ini. -PENMERAHDOTCOM

Sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *