Home > Berita > AYAH IKAT TANGAN DAN KAKI ANAK SEBELUM DIBIARKAN BERENANG

AYAH IKAT TANGAN DAN KAKI ANAK SEBELUM DIBIARKAN BERENANG

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

AYAH IKAT TANGAN DAN KAKI ANAK SEBELUM DIBIARKAN BERENANG | Seorang gadis berusia 10 tahun diikat tangan dan kakinya lalu dibiarkan oleh ayah untuk merentasi sebatang sungai yang terletak di selatan China. Gadis tersebut mengambil masa selama 3 jam untuk berenang menyeberangi sungai tersebut.
berenang-dengan-tangan-dan-kaki-terikat2
Bagaimana seorang ayah sanggup melakukan perkara sebegitu? Dakwa ayahnya, ianya bertujuan bagi membantu anaknya untuk mencapai matlamat menjadi seorang perenang terbaik. Gadis tersebut mendapat ilham dari rancangan televisyen yang memaparkan perbuatan yang hampir sama seperti apa yang dilakukannya.
berenang-dengan-tangan-dan-kaki-terikat
“Kemahiran berenangnya adalah sempurna malah dia sendiri yang berkeras mahu melakukan perbuatan tersebut,” kata Huang Daosheng. Huang Li berenang seperti seekor ikan lumba-lumba dengan jarak lebih sebatu untuk menyeberangi Sungai Xiang.
berenang-dengan-tangan-dan-kaki-terikat3
“Ianya tidak membahayakan kerana, pertama sekali, kemahiran berenangnya amat baik dan kedua, saya berenang bersama dan sentiasa berhampiran dengannya. Li lahir pada usia saya telah menjangkau 35 tahun dan dialah anak kesayangan saya. Saya tidak akan bermain-main dengan nyawanya,” kata si ayah.
berenang-dengan-tangan-dan-kaki-terikat4
Gadis tersebut mungkin perenang yang baik kerana telah dilatih sejak berusia enam tahun. Namun kelihatan dia tidak mampu melawan kesejukan sungai. Wajahnya pucat kebiruan ketika diangkat oleh ayahnya untuk keluar dari sungai.sumber-http://blog-ketegaq.blogspot.com

Carian ke artikel ini

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

One comment

  1. OLIMPIK PUNYA PASAI….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *