Home > Berita > Bagai Magis, Kucing Kembali Kepada Tuan Lepas 6 Tahun Hilang

Bagai Magis, Kucing Kembali Kepada Tuan Lepas 6 Tahun Hilang

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

SIAPA sangka, kucing comel bernama Chloe ini akan kembali kepada tuannya selepas 6 tahun hilang tanpa dapat dikesan.

Rebecca Lee, pemilik kepada kucing itu pada mulanya menyangka Chloe telah mati akibat dilanggar kereta dalam satu kejadian pada 2010.

Namun alangkah terkejutnya dia apabila mendapati si comel itu akhirnya muncul semula di rumahnya di selatan Wales.

Memang terkejut tapi ia sesuatu yang sangat menggembirakan bila mendapati Chloe dijumpai semula selepas bertahun-tahun.

Ia telah melompat dari sangkarnya ketika berada di kawasan parkir dan sejak itu kami tidak menjumpainya lagi. Bukan sahaja poster malah banyak iklan yang telah kami keluarkan namun nasib tak menyebelahi saya,” ujar Lee.

Kisah sebenarnya, sebuah pusat penjagaan haiwan mendapati Chloe telah dihantar ke situ lalu melakukan imbasan, satu prosedur biasa apabila kucing baharu dihantar ke pusat itu.

Selepas mendapati kucing tersebut merupakan milik Lee, kucing itu segera dipertemukan semula dengan tuannya. Bagaikan mimpi indah kan? – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Metro.co

Sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *