Home > Berita > Bagaimana Wanita ini Mampu Membuka 20 Cawangan Butik Tudung Dalam Masa Yang Singkat? Ini Rahsianya..!!

Bagaimana Wanita ini Mampu Membuka 20 Cawangan Butik Tudung Dalam Masa Yang Singkat? Ini Rahsianya..!!

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

85

‘Benang Hijau’ suatu jenama yang mempunyai aura tersendiri dan tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri fesyen tanah air. Dalam masa singkat, kini Benang Hijau kini menjadi butik terkemuka di Malaysia dan disebalik kejayaan  tersebut sebenarnya  diterajui oleh wanita tabah yang dahulunya seorang jurutera namun beliau mengambil langkah berani dengan membina kerjaya hanya dengan bersalurkan media sosial. Siapa sangka bermula dengan instagram sahaja, kini wanita ini mampu tersenyum dengan penubuhan 20 cawangan Benang Hijau di seluruh Malaysia. . 

Ramai tertanya tanya, bagaimana Benang Hijau mampu menggapai nama menjadi sehebat pencapaiannya hari ini dan apakah yang sebenarnya cuba dilakukan pemiliknya dalam masa yang singkat dan kelihatan mustahil tetapi menjadi realiti.

Menyingkap sejarah kewujudannya, butik ini dimiliki oleh seorang jurutera, Puan Fadzilah Mamat yang merupakan anak kelahiran Terenggganu Darul Iman.

 

”Di sebalik seorang wanita yang gemuk gemuk comel comel gebu gebu sebenarnya ada suami yang sangat baik, bertanggungjawab dan penyayang.”- Puan Fadzilah Mamat.. Caption yang dilihat seperti biasa biasa namun mendalam. Hanya dengan membaca caption beliau, kita seperti dapat mengagak personaliti pemilik Benang Hijau ini.

screen-shot-2016-09-16-at-3-02-59-pm

Berbekalkan modal RM5,000, ibu kepada empat cahaya mata ini memulakan langkah pertamanya dengan menjalankan perniagaan secara kecil- kecilan pada 2012. Bermula di sebuah bazar Ramadan, beliau kemudian tampil dengan jenama tudung sendiri dan membuka kiosk di sebuah kompleks membeli belah untuk memasarkan produknya.

 

Dalam masa 4 tahun, Benang Hijau mengorak langkah ke hadapan dengan design design terkini yang menambat hati peminat mereka yang tersendiri.   Namun, apa yang menarik perhatian kami adalah kepada penggerak Benang Hijau ini iaitu Puan Fadzilah Mamat. Pastinya tidak mudah untuk beliau berada pada tahap hari ini, pelbagai onak dan duri perlu dilalui. Pertama kali, kami bersua muka, beliau sangat ramah dan mesra malah sentiasa tersenyum setiap kali berbicara. Malah, sepanjang perbualan kami, tak lekang tips tips kejayaan yang dikongsikan kepada kami.

 

Menurut Puan Fadzilah Mamat, sebelum menceburi bidang bisnes tudung, sebelum ini beliau merupakan perunding kewangan namun mula berniaga dengan baju manik dan  berkembang setelah mendapat permintaan yang memberangsangkan menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk menjual pakaian di butik.

87

 

Permintaan kepada fesyen muslimah sentiasa meningkat dan beliau mula beralih kepada pemasaran tudung dan shawl. Tudung yang menjadi sensasi ketika itu adalah tudung bawal ruffles yang lain daripada lain membuatkan ramai muslimah  yang demam dengan koleksi daripada  idea beliau. Selari dengan kehendak pasaran, Puan Fadzilah Mamat dilihat seperti bijak membaca percaturan dunia fesyen muslimah. Kalau hari ini, kita lihat, ramai peniaga online yang membuka butik tumbang namun BENANG HIJAU semakin teguh dan utuh.

Tips Tips berjaya yang dikongsikan dari beliau adalah:

  1. Jaga kualiti yang mana kalau ada kilang sendiri, jangan lupa sentiasa membuat qualiti control
  2. Perbanyakkan channel untuk bisnes kita iaitu dengan menyertai outlet dan juga ekpo ekpo untuk dedahkan barang perniagaan kepada orang ramai
  3. Harga Berpatutan : Sebelum menjual, hendaklah melihat kepada market pasaran dan bagi yang ada kilang, upah jahit biasanya akan lebih murah, jadi jual la kepada harga mampu milik
  4. Melihat kepada Benang Hijau, setiap minggu akan ada keluaran terbaru supaya pelanggan sentiasa tertunggu tunggu sesuatu yang terbaru dari produk kita
  5. Tidak kedekut iaitu memberi sponsor di expo mahupun majalah untuk mengukuhkan jenama kita. Malah sekiranya buat sale di butik, bagi free tudung ataupun dengan kerap melakukan contest bagi menarik perhatian pelanggan
  6. Aktifkan diri di instagram : Setengah jam sekali posting di instagram barangan perniagaan
  7. Jangan Jadi Peniaga yang MERIMASKAN: Elakkan dari tag bisnes perniagaan di posting bisnes orang lain
  8. Jangan mudah give up
  9. Jujur, amanah, professional namun yang paling penting adalah jujur dalam melakukan promosi

 

Untuk berjaya, ia perlu melalui satu proses yang beranjau, ada turun dan naiknya, semua perlu dihadapi dengan baik. Persediaan mental dan fizikal perlu sentiasa diutamakan. Jangan pernah berputus asa.

Jika temui jalan lurus, tanpa onak dan duri, itu yang sepatutnya perlu untuk kita berhati- hati.

Perkara paling asas perlu diutamakan. Kita dekat dengan Allah, Allah akan dekat dengan kita. Perlu kuat dan sentiasa bersenang hati dalam setiap proses yang dilalui.

Itu antara yang dapat dikongsikan pemilik Benang Hijau. Seorang yang mudah mesra dan menjadi ikon dalam posisinya sendiri sebaris pemilik jenama lain di negara ini. Semoga terus berjaya dan istiqomah.. insyaAllah..

Sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *