Home > Berita > Bangkai Anak Kambing Berupa Bayi Dihantar Ke Veterinar

Bangkai Anak Kambing Berupa Bayi Dihantar Ke Veterinar

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

PENEMUAN bangkai seekor anak kambing yang menyerupai manusia telah menggemparkan masyarakat di Felda Sungai Mas, Kota Tinggi pada Jumaat.

Bangkai anak kambing aneh itu ditemui oleh peneroka Felda, Ibrahim Basir, 63, yang terkejut apabila mendapati salah seekor kambingnya melahirkan anak menyerupai manusia pada jam 11 pagi, Jumaat lalu selepas dimaklumkan rakan niaganya, Jamaludin Abdul Samad, 50.

“Bila diperiksa saya terkejut mendapati ia bukan sahaja memiliki muka, hidung dan kaki malah keadaan tubuhnya yang lembik bagaikan anak manusia. Cuma bulu warna coklat sahaja menampakkan ianya seekor anak kambing,” ujarnya kepada media.

Bagaimanapun dia memaklumkan, anak kambing tersebut tidak mempunyai tali pusat.

Sehubungan itu ada pihak dikatakan sanggup membayar jumlah tertentu kepadanya untuk memiliki bangkai anak kambing itu namun Ibrahim menolak dan menyerahkannya kepada pihak jabatan veterinar untuk dijalankan kajian.

Difahamkan anak kambing yang sudah pun mati ketika ditemui itu dimasukkan ke dalam bekas polisterin yang diisi dengan air batu sebelum dibawa ke pejabat jabatan veterinar berhampiran, tengah hari semalam. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: The Star

Sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *