Home > Berita > Baru Sebulan Daftar, Neelofa Dah Boleh Pergi Haji ? Ni Jawapan Dari Tabung Haji Sendiri…

Baru Sebulan Daftar, Neelofa Dah Boleh Pergi Haji ? Ni Jawapan Dari Tabung Haji Sendiri…

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

33

Baru-baru ini beberapa media tempatan telah melaporkan tentang artis tanah air Neelofa akan menunaikan haji bersama ibu dan bapanya pada 5 September ini. Berita gembira ini dikongsikan sendiri oleh Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 27, pada satu majlis rumah terbuka.

Neelofa tunai haji selepas sebulan mendaftar. Namun begitu, terdapat sesetengah pihak ada mendakwa berlaku sesuatu yang tidak adil kerana Neelofa dikatakan baru sebulan mendaftar di agensi itu. Tidak mahu terus timbul kekeliruan, Lembaga Tabung Haji (TH) tampil menyangkal dakwaan itu.


Sejak pakai Deeja Cosmetic ni, makin ramai duk tegur pakai ape je sampai kulit muka glowing setiap hari.. Konfiden level pun semakin tinggi.. Bagus lahhh Deeja Cosmetic ni.. Nak order –>> Hotline 0196945950 .. 


Dalam satu kenyataan TH, pihaknya sedia maklum mengenai rayuan artis berkenaan dan mempertimbangkan rayuan tersebut mengikut garis panduan sedia ada dan tiada kelulusan diberikan kepada beliau bagi rayuan tersebut.

 

Th juga berpendapat jika ada visa haji yang diperolehi oleh artis tersebut, ia adalah tidak melalui TH. TH sentiasa mengamalkan sistem pendaftaran terbuka, dan semua rayuan untuk mengerjakan haji awal dari tarikh giliran yang ditentukan perlu melalui proses tapisan yang berperingkat serta mengikut kriteria yang ditetapkan.

 

TH juga memohon agar isu ini tidak disensasikan lagi kerana bimbang menimbulkan ketidakpuasan hati dari kalangan pendeposit yang lain. Semoga penjelasan dari TH ini menjawab segala kekeliruan yang timbul sebelum ini. Marilah kita sama-sama mendoakan semoga perjalanan pergi dan pulang Neelofa sekeluarga akan dipermudahkan oleh-Nya.

Sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *