Home > Berita > BEKAS ANGGOTA KUMPULAN RAP ROGOL ANAK TIRI

BEKAS ANGGOTA KUMPULAN RAP ROGOL ANAK TIRI

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

gadis 14 tahunBEKAS ANGGOTA KUMPULAN RAP ROGOL ANAK TIRI | AMPANG: Seorang bekas anggota kumpulan rap dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di sini, tadi atas tuduhan merogol anak tirinya berusia 14 tahun, Februari lalu.

Lelaki berusia 37 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Roszianayati Ahmad.

Tertuduh yang memakai baju kemeja-T biru tiba di mahkamah jam 9.30 pagi ditemani ibu bapa dan beberapa rakannya. Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan perbuatan berkenaan jam 9 pagi, 9 Februari lalu di sebuah rumah di Taman Gombak Jaya, di sini.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (d) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat, jika disabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Dalina Ali tidak menawarkan jaminan disebabkan hubungan antara tertuduh dengan mangsa.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam bela merayu diberi jaminan kerana dia perlu menyara dua anak kandungnya.

Roszianayati membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin atas alasan lelaki terbabit yang dalam jaminan polis datang ke mahkamah untuk menghadapi pertuduhan rogol itu. Mahkamah menetapkan 25 Januari depan sebagai sebutan semula.sumber-hmetro.com.my

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *