Home > Berita > “Benda Nak Jadi Kan Tapi Alhamdulillah Semuanya Okey”, Riz Amin Jadi ‘Mangsa’ Polis Evo 2 Yang Seterusnya.

“Benda Nak Jadi Kan Tapi Alhamdulillah Semuanya Okey”, Riz Amin Jadi ‘Mangsa’ Polis Evo 2 Yang Seterusnya.

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Sesi penggambaran untuk sekuel filem aksi terbaik 2016 Polis Evo, sedang giat berlangsung ketika ini. Dibintangi oleh pelakon hebat seperti Zizan Razak dan Shaheizy Sam sudah pasti seluruh peminat filem tanah air tidak sabar untuk menantikannya. Dalam tempoh penggambaran itu pelbagai kecederaan yang dialami para pelakon demi mendapatkan aksi yang terbaik khas untuk peminat filem aksi di Malaysia.

Selepas Zizan Razak kali ini giliran Riz Amin pula mengalami kecederaan dalam sesi penggambaran tersebut. Riz Amin atau nama sebenarnya Norizam Amin Nordin, 32, mengalami kecederaan lutut kiri selepas tersungkur ketika melakukan babak aksi.

Menurut pelakon tinggi lampai itu dia tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius. 

“Bukan senang nak jadi pelakon. Risiko tinggi kadang-kadang. Proses pembelajaran tengah shooting Polis Evo 2 babak aksi sikit ja tersungkur.” jelasnya
“Benda nak jadi kan tapi Alhamdulillah semuanya okey,” kata Riz. 
Riz memuat naik gambar ketika sedang dirawat oleh pegawai perubatan yang bertugas menerusi laman instagram beliau pada rabu. Semua peminat Riz Amin mendoakan semoga beliau cepat sembuh.

A post shared by Riz Amin (@rizamin) on

Beliau juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada pelakon utama filem itu iaitu Zizan Razak yang banyak membantunya ketika itu.

“Pertama sekali, saya ingin berterima kasih kepada kawan saya, @zizanrazak869, Nuar dan Nano hantar kereta ke hospital sebab saya kena naik ambulance.”

“Terima kasih brother, Alhamdulillah hang memang sempoi hat tu ja nak habaq,” katanya.

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *