Home > Hiburan > Bintang Popular Youtube, PewDiePie Bercuti di Malaysia

Bintang Popular Youtube, PewDiePie Bercuti di Malaysia

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.



PETALING JAYA, 22 Ogos: Bintang Youtube, PewDiePie kini sedang bercuti di Malaysia bersama teman wanitanya.

Sensasi internet yang berusia 26 tahun itu memuat naik satu foto yang berlatar belakangkan KLCC bersama teman wanitanya, Marzia Bisognin pada Isnin.

Kami berada di Malaysia!!“, tulis PewDiePie atau nama sebenarnya, Felix Arvid Ulf Kjellberg, di gambar tersebut.

PewDiePie telah berjaya mengumpul lebih 47 juta pengikut Youtube yang gemar dengan komentari permainan videonya yang dilihat bersahaja dan selamba.

Dia menjadi pengguna Youtube yang paling diikuti pada Ogos 2013 dan setakat Ogos 2016, video di saluran Youtubenya ditonton lebih 13 billion kali.

Pada Oktober, dia disenaraikan oleh Forbes dalam senarai Youtubers terkaya pada 2015. Pada 2016 pula dia disenaraikan  dalam senarai ‘100 manusia paling berpengaruh’ oleh majalah Time. – Siakapkeli.my

Sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *