Home > Berita > BRITNEY SPEARS ARTIS WANITA PALING MAHAL 2012 RM177.3 juta SETAHUN

BRITNEY SPEARS ARTIS WANITA PALING MAHAL 2012 RM177.3 juta SETAHUN

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

britney spearsBRITNEY SPEARS ARTIS WANITA PALING MAHAL 2012 RM177.3 juta SETAHUN | Hasil dari jualan laris album “Femme Fatale”, pengendorsan bagi wangian Elizabeth Arden serta penglibatannya dalam rancangan bersiri “The X Factor”, Britney Spears kini berada di tangga teratas dalam senarai Forbes sebagai artis wanita yang mendapat bayaran tertinggi.

Dengan mendapat bayaran sebanyak ASD58 juta (RM177.3 juta) dalam tempoh setahun dari bulan Mei 2011 sehingga 2012, pencapaian Spears kini berjaya mengatasi Taylor Swift yang mendapat tempat kedua dengan bayaran sebanyak ASD57 juta (RM174.3 juta) walaupun tidak membuat sebarang konsert siri jelajah atau meriliskan album sepanjang tempoh tersebut.

“Britney memiliki sesuatu keistimewaan yang membuatkannya mudah didekati peminat walau di dalam dan di luar skrin,” beritahu peguam Spears, Lori Landew, kepada Forbes.

“Kualiti itulah yang sentiasa menarik perhatian peminatnya, dahulu dan sekarang.”

Sementara itu, konsert siri jelajah “Loud” dan lagu popular “We Found Love” telah memberikan peluang kepada Rihanna untuk menaiki tangga kedua dengan hasil bayaran sebanyak ASD53 juta (RM162 juta).

Lady Gaga yang sebelum ini pernah berada di tangga teratas pada tahun 2011 kini mulai turun pula ke tempat keempat dengan mendapat bayaran sebanyak ASD52 juta (RM159 juta).

Kiraan pendapatan artis yang tersenarai dibuat sebelum penolakan cukai dan adalah berdasarkan dari rekod jualan album, maklumat konsert jelajah serta temubual bersama penganjur, peguamcara dan pengurus konsert.sumber-yahoo.com

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *