Home > Berita > Budak 2 Tahun Dijumpai Didalam Kotak, Tergamak Buat Begitu!!

Budak 2 Tahun Dijumpai Didalam Kotak, Tergamak Buat Begitu!!

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Budak 2 Tahun Dijumpai Ditinggalkan Didalam Kotak, Tergamak Buat Begitu!!

kanak

Satu kisah yang amat mengejutkan berlaku di Ipoh Perak. Mengalir air mata membacanya. Seorang kanak-kanak 2 tahun telah dijumpai ditinggalkan di tepi jalan di dalam kotak.

Polis kini sedang cuba mengesan waris seorang kanak-kanak lelaki itu yang ditinggalkan di tepi Jalan Ampang Baru 6, Ampang Baru di sini, pada 30 Julai lalu.

Kanak-kanak itu sedang kritikal dan dirawat di Wad Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, Perak. Berdasarkan laporan, mangsa mengalami pendarahan otak.

Jurucakap polis berkata, budak itu ditinggalkan di jalan berkenaan kira-kira jam 1.30 tengah hari sebelum ditemui orang awam yang kemudian memaklumkan kepada pihak polis.

Ini kenyataan pihak polis:

“Pada 30 Julai lalu seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan dua tahun ditemui dalam kotak dan ditinggalkan di tepi Jalan Ampang Baru 6, Ampang Baru di sini dan kini ditempatkan di PICU HRPB.

“Sehubungan itu polis ingin memohon bantuan orang ramai mengesan waris kanak-kanak berkenaan atau saksi yang mengetahui mengenai kanak-kanak itu,”

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah D11 Asisten Superintendan Kamariah Jamaludin di talian 016-5249091 atau 05-2451628/1629. – PENMERAHDOTCOM

Sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *