Home > Berita > Budak Hilang Ditemui Tidak Bermaya Selepas Dikurung Selama 6 Hari

Budak Hilang Ditemui Tidak Bermaya Selepas Dikurung Selama 6 Hari

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Budak Hilang Ditemui Tidak Bermaya Selepas Dikurung Selama 6 Hari

budak hilang

Syukur berjaya diselamatkan. Seorang kanak-kanak lelaki bernama Muhammad Amirul Hakim Abdullah yang telah dilaporkan hilang pada 19 Ogos lalu telah berjaya ditemui dalam keadaan selamat di sebuah rumah di Kuantan.

Mangsa ditemui oleh anggota polis Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kuantan kira-kira jam 2.20 pagi itu kelihatan tidak bermaya selepas dikurung kira-kira enam hari dengan hanya makan roti dan sedikit air sebagai pengalas perut oleh seorang wanita dipercayai kurang siuman.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, hasil maklumat orang ramai, satu serbuan dilakukan ke rumah yang terletak di Lorong Mat Kilau.

Suspek yang berumur 37 tahun enggan membuka pintu untuk memberi kerjasama dan ini menyebabkan anggota polis terpaksa memecah masuk dan menemui mangsa bersama dua lagi kanak-kanak masing-masing berusia 11 tahun dan 15 tahun.

Ini kenyataan pihak Polis:

“Siasatan awal mendapati, selama enam hari dikurung di rumah itu mangsa hanya diberi roti untuk mengalas perut dan segelas minuman selain suspek juga mengunci pintu bilik bagi mengelak mangsa melarikan diri,”

Beliau berkata, polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 363 dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan.

Amirul dikatakan hilang selepas keluar dari rumah mereka sekitar jam 6.30 petang Jumaat lalu. -PENMERAHDOTCOM

Sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *