Home > Berita > Budak Mangsa Culik Dibunuh dan Ditemui Dalam Gaung

Budak Mangsa Culik Dibunuh dan Ditemui Dalam Gaung

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Budak Mangsa Culik Dibunuh dan Ditemui Dalam Gaung

culik

Ini merupakan perkembangan terkini tentang kes penculikkan kanak-kanak yang berlaku di Jinjang.

Kanak-kanak lelaki yang menjadi mangsa culik di Jinjang pada 11 Ogos lalu telah ditemui mati disyaki dibunuh di kawasan sungai Kampung Kemensah, Hulu Kelang, hari ini.

Mayat kanak-kanak berkenaan ditemui selepas suspek kes membawa polis ke lokasi kejadian. Untuk pengetahuan, suspek dikatakan mempunyai pertalian darah dengan keluarga mangsa.

Sehingga kini pihak polis masih mengawasi lokasi kejadian untuk siasatan lanjut.

Ini kenyataan pihak Polis:

“Kita sekali lagi membawa suspek ke lokasi sama tengah hari tadi sebelum menemui mayat mangsa di bawah gaung kawasan sungai.

“Setakat ini kebarangkalian mangsa adalah kanak-kanak yang diculik adalah besar namun kami masih menunggu sehingga bedah siasat dilakukan di Hospital Kuala Lumpur,”

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -PENMERAHDOTCOM

Sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *