Home > Berita > Burung Merpati Ditahan Selepas Bawa Surat Ugutan kepada Perdana Menteri India

Burung Merpati Ditahan Selepas Bawa Surat Ugutan kepada Perdana Menteri India

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

India – Seekor burung merpati yang dipercayai dari Pakistan ditahan oleh pengawal sempadan selepas satu surat yang mengandungi ugutan terhadap perdana menteri India, Narendra Modi, ditemui bersama burung tersebut.

Surat yang dialamatkan kepada PM Narendra Modi itu ditulis dalam bahasa Urdu yang berbunyi : “Modi Ji, jangan sesekali sangka kami orang sama ketika tahun 1971 (perang Indo-Pak). Sekarang semua lelaki dan kanak-kanak sudah bersedia untuk menentang India“.

Merpati berwarna kelabu itu ditemui oleh kumpulan Border Security Force (BSF) berdekatan dengan pos Simbal di Bamial pada Ahad, lapor Times of India.

Inspektor Polis, Ramesh Kumar memberitahu bahawa burung itu kini berada dalam ‘tahanan’.

Kami sedang menyiasat perkara ini“, tambahnya.

Mesej yang sama turut ditemui pada dua belon di kawasan yang sama pada Sabtu.

Pada September lepas, seekor burung merpati putih bersama sepucuk surat berbahasa Urdu turut ditemui di daerah Hoshiarpur.

Perang tahun 1971 merakamkan banyak konfliks antara India dan jirannya. Peperangan yang berlaku selama 13 hari itu menyaksikan Pakistan menyerah kalah dan kelahiran Bangladesh yang sebelum ini merupakan kawasan Pakistan.

Sumber : Rt.com

sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *