Home > Berita > CANGGIH!! kasut mempunyai GPS

CANGGIH!! kasut mempunyai GPS

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Sepasang kasut yang dipasang peralatan sistem penentu kedudukan global (GPS) bagi membantu warga emas yang mengalami penyakit demensia dan tidak tahu jalan pulang, akan mula dipasarkan di Amerika Syarikat (AS) bulan ini.

Pembuat kasut itu, GTX Corp. berkata, sebanyak 3,000 pasang kasut akan diedarkan ke firma Aetrex Worldwide, dua tahun selepas rancangan pembangunannya diumumkan.


Kasut itu akan dijual pada harga AS$300 (RM900) sepasang dan pembeli akan boleh menetapkan satu perkhidmatan memantau bagi mengesan warga emas.

Seorang profesor Kolej Kesihatan dan Perkhimatan Manusia, Universiti Mason George, Andrew Carle yang merupakan penasihat projek itu berkata, kasut tersebut akan mampu menyelamatkan nyawa dan mengelak kejadian memalukan dan kos tinggi melibatkan warga emas.

”Ia sangat penting untuk mereka yang menghidap Alzheimer pada tahap awal kerana mereka merupakan golongan paling berisiko,” ujarnya.

Carle berkata, kajian menunjukkan lebih lima juta rakyat AS menghidap Alzheimer dan jumlah itu dijangka meningkat empat kali ganda dalam tahun-tahun akan datang.

Beliau berkata, sebanyak 60 peratus penghidap akan merayau-rayau dan kemudian tidak tahu jalan pulang dan separuh daripada jumlah itu jika tidak ditemui akan mati dalam tempoh 24 jam akibat penyahhidratan, kepanasan atau kecederaan.

Beberapa peralatan lain seperti gelang dan rantai menyediakan perlindungan sama tetapi kebanyakan warga emas tidak mahu memakainya.

”Ini kerana mereka yang menghidap Alzheimer tidak suka memakai benda yang tidak mereka kenali. Jika jam tangan itu bukan milik mereka , mereka akan membuangnya,” ujar Carle.

Sistem GPS yang boleh dipasang di tumit kasut itu akan membolehkan ahli keluarga memantau pemakainya dan akan mengeluarkan amaran jika mereka keluar dari jarak yang ditetapkan

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *