Home > Berita > CANGGIH! PEN YANG MAMPUH KESAN KESALAHAN EJAAN

CANGGIH! PEN YANG MAMPUH KESAN KESALAHAN EJAAN

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

pen mampuh kesan salah ejaanCANGGIH! PEN YANG MAMPUH KESAN KESALAHAN EJAAN |  Menggunakan pen dan kertas boleh menjadi pengalaman menakutkan kepada ramai orang hari ini.

Tanpa kelengkapan pemeriksaan ejaan seperti di komputer, sesetengah kesalahan ejaan yang memalukan sukar untuk dielakkan.

Tetapi kini anda tidak perlu bimbang kerana ada bantuan yang dapat menyelesaikan masalah itu. Kesalahan ejaan dapat diatasi dengan pengeluaran pen berteknologi tinggi yang akan bergetar setiap kali kesalahan dikesan. Pen dicipta syarikat Jerman Lernstift itu bertujuan membantu kanak-kanak sekolah belajar menulis, tetapi ia sesuai digunakan untuk semua peringkat usia.

Pen yang masih dalam tahap percubaan itu mampu mengesan kesalahan ejaan atau pembentukan huruf dengan amaran getaran ketika digunakan penggunanya. Pengguna boleh memilih antara dua fungsi: Mod kaligrafi – menunjukkan kecacatan bentuk dan kemudahan membaca atau mod Ortografi – mengesan kesalahan ortografik dan tatabahasa.

Pengesan yang dibina dalam pen itu dapat mengesan pelbagai pembentukan huruf dan segera bergetar jika kesalahan dikesan. Menurut laman web Lernstift, pereka Falk dan Mandy Wolsky mendapat ilham untuk menghasilkan pen itu ekoran percubaan anak lelaki mereka ketika mula-mula menulis.

Mereka menjelaskan dalam laman web syarikat terbabit: “Daripada perkataan pertama terdapat kesalahan.” Diharapkan pen itu dapat mendorong kanak-kanak menulis dengan lebih tepat dan cepat.

Pereka terbabit akan melancarkan projek dibiaya melalui sumbangan orang ramai yang menyokong konsep di sebalik ciptaan itu bagi mengutip wang untuk membangun dan memasarkan idea berkenaan.sumber-http://www.hmetro.com.my

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *