Home > Berita > CATAT REKOD! INI DIA SEKOLAH RENDAH HANYA SEORANG PELAJAR DARJAH 1

CATAT REKOD! INI DIA SEKOLAH RENDAH HANYA SEORANG PELAJAR DARJAH 1

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

CATAT REKOD! INI DIA SEKOLAH RENDAH HANYA SEORANG PELAJAR DARJAH 1-TAIPING: Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Aik Hua di Pulau Pasir Hitam di sini mencatat sejarah apabila hanya seorang murid memulakan sesi persekolahan tahun 2016, pada Isnin.

pelajar tunggal
Oon Sheng Juin (gambar), 7, hadir ke sekolah tersebut yang terletak di sebuah perkampungan nelayan dengan ditemani nenek Lim Pek Eng, 65, yang merupakan seorang pekerja kedai kopi.

Oon Sheng Juin, 7, hadir ke sekolah tersebut yang terletak di sebuah perkampungan nelayan dengan ditemani nenek Lim Pek Eng, 65, yang merupakan seorang pekerja kedai kopi.

“Dia mempunyai minat untuk bersekolah. Saya lihat dia suka belajar,” kata Lim ketika ditemui pemberita.

Sementara itu, guru besar sekolah tersebut Hee Kam Poong, 51, yakin Oon akan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran walaupun dia merupakan pelajar tunggal di sekolah itu.

“Murid ini juga aktif kerana dia minat untuk belajar walaupun dia tidak boleh menguasai bacaan A hingga Z,” katanya.

Selain guru besar, sekolah itu turut mempunyai dua lagi guru iaitu Tan Boon Lin, 34, dan Chuah Hooi Tee, 32.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Sekolah Cina Perak Datuk Lee Kon Yin berkata pihaknya sedang berusaha untuk memindahkan SJKC Aik Hua ke tempat lain memandangkan lokasi semasa tidak sesuai.
“Kita sedang berunding dengan pemaju untuk menyediakan tapak seluas 1.2 hektar bagi membina bangunan sekolah baharu.

“Perpindahan sekolah ini penting bagi membolehkan murid dapat belajar dengan selesa,” katanya yang turut melawat Oon di sekolah itu.sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *