Home > Berita > CEMAS! TANGAN DIIKAT DENGAN COLI!

CEMAS! TANGAN DIIKAT DENGAN COLI!

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

CEMAS! TANGAN DIIKAT DENGAN COLI!-JENJARUM – “Diam! Ini memang kerja kami,” Itu kata-kata yang diteriakkan kepada pengusaha makanan tradisional dan keluarganya sewaktu berdepan detik cemas dengan sekumpulan perompak yang bersenjatakan tukul besi, pisau rambo dan pisau pemotong daging dalam satu kejadian di sebuah rumah di Jalan Idris, Kampung Jenjarum, semalam.
pecah rumah
Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 pagi itu, tangan Dahlia Tahiri, 51, diikat dengan wayar pengecas komputer riba sementara suaminya, Mohd Masudi Mohd Kasian, 51, diikat dengan baju dalam.

Menceritakan detik cemas itu, Dahlia berkata, empat orang perompak telah bertindak membuka pintu biliknya sebelum mengarahkannya untuk diam.

Difahamkan salah seorang perompak terbabit masuk ke dalam rumah mangsa melalui tingkap sebelum membuka pintu untuk tiga lagi rakannya masuk.

Menurutnya, ketika itu dia bersama suaminya tidur di dalam bilik manakala dua anaknya masing-masing tidur di dalam bilik berasingan.

“Suami mak cik baru 10 minit lelapkan mata terkejut dan menjerit lepas dengar bunyi pintu bilik dibuka tiba-tiba.

“Dengar saja suami jerit, perompak terus ambil wayar cas komputer riba dan ikat tangan saya. Suami pula diikat dengan baju dalam,” katanya.

Katanya, selepas itu tiga lagi suspek menarik seorang anak lelakinya yang sudah diikat tangannya masuk ke dalam bilik sebelum menghayun tali pinggang ke belakang anak lelaki berumur 16 tahun yang menghidap penyakit jantung.

“Nasib baik anak perempuan sulung yang berumur 25 tahun tak diikat, tapi mereka berjaya tarik rantai emasnya dan meminta tanggalkan cincin emas di jari selepas mak cik beritahu tak simpan barang kemas di rumah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Dalam pada itu juga katanya, kesemua perompak memaksa keluarganya menunjuk lokasi barang berharga diletakkan sebelum mereka menemui enam telefon bimbit pelbagai jenama, tiga buah komputer riba dan wang tunai sebanyak RM1,000.

Difahamkan, perompak berkenaan mengambil masa kira-kira 20 minit menggeledah keseluruhan rumah termasuk bilik tidur anak-anak sebelum beredar selepas terdengar bunyi pili air dibuka oleh jiran.

“Mak cik yakin mereka warga tempatan lepas dengar mereka cakap dalam loghat orang sini.

“Mujur kami tak diapa-apakan tapi kesian tengok lebam di belakang badan anak lelaki. Kini kami anak beranak masih trauma,” katanya.

Berikutan kejadian itu, laporan dibuat di Balai Polis Jenjarum kira-kira 6 pagi semalam dan anggaran kerugian kira-kira RM12,000.sumber-sinarharian

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *