Home > Berita > DARI MANA CAHAYA MISTERI MUNCUL DI LANGIT SABAH?

DARI MANA CAHAYA MISTERI MUNCUL DI LANGIT SABAH?

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

DARI MANA CAHAYA MISTERI MUNCUL DI LANGIT SABAH?-Sudah adat sebarang perkara pelik yang boleh disaksikan ramai orang pasti menimbulkan kegemparan dan bermacam-macam sangkaan.

Cahaya_Misteri_Muncul_Di_abah

Begitulah berlaku apabila satu cahaya misteri muncul di langit Sabah hingga mengejutkan mereka yang terlihatnya.

Oleh sebab cahaya misteri tersebut dapat dilihat sekitar 20 minit terdapat individu yang sempat mengambil gambar dan berkongsikannya di laman sosial dan aplikasi mesej WhatsApp hingga ia menjadi viral.

Muncul sekitar jam 10.30 malam, cahaya misteri tersebut dikatakan bergerak laju menuju Laut China Selatan sebelum lenyap dari pandangan.

Cahaya misteri itu juga dikatakan turut dilihat penduduk di Limbang, Sarawak.

Walaupun terdapat banyak andaian tentang fenomena cahaya misteri ini, ada yang menganggap ia tidak pelik kerana sekadar biasan daripada terminal pelantar minyak apabila berlaku pembakaran gas.

Namun penjelasan ini tidak dapat dipastikan kesahihannya jadi jalan terbaik adalah menunggu komen daripada Jabatan Astronomi.

Apa pun, syukurlah setakat diketahui sekarang cahaya misteri ini tidak membawa sebarang impak mudarat kepada manusia sekitar.sumber-sentiasapanas.com

Cahaya_Misteri_di_sabahcahaya muncul di sabahcahaya misteri sabahCahaya_Misteri_Muncul_Di_Langit_Sabah

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *