Home > Berita > Datuk Seri, Datuk Antara Yang Ditahan SPRM, Akaun Bank 13 Juta Dibekukan

Datuk Seri, Datuk Antara Yang Ditahan SPRM, Akaun Bank 13 Juta Dibekukan

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.





Putrajaya, 15 Ogos: Tiga penjawat awam, termasuk dua yang bergelar Datuk Seri dan Datuk ditahan oleh SPRM hari ini atas kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram.

Kesemua mereka ditahan dalam operasi serentak yang dijalankan di Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan kira-kira jam 12 tengah hari dan 2 petang.

Susulan penahanan itu, akaun milik mereka yang melebih RM13 juta dibekukan meliputan ang simpanan dan amanah saham bernilai antara RM 1 juta hingga RM6 juta setiap yang ditahan.

Menurut Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki, ketiga-tiga individu itu berusia dalam lingkungan 50-an dan masing-masing berkhidmat di satu daripada jabatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan.

Turut disita ialah beberapa kondominium mewah termasuk ‘penthouse’, banglo serta kenderaan mewah antaranya Maserati, BMW dan Audi dipercayai hasil rasuah dan penggubahan wang haram.


“Dalam serbuan secara serentak hari ini, SPRM turut menjumpai wang tunai kira-kira RM400,000 termasuk mata wang asing serta beberapa jam tangan mewah,” katannya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 17 (a) dan 23 Akta SPRM 2009 serta 4(1)(b) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Katanya, di bawah kesalahan Akta SPRM 2009, jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 dan lima kali nilai suapan mana-mana yang lebih tinggi.

sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *