Home > Berita > Demi Tingkat Kesedaran, KJ Sanggup Jadi ‘Mat Bangla’

Demi Tingkat Kesedaran, KJ Sanggup Jadi ‘Mat Bangla’

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

SETUJU tak kami katakan bahawa Khairy Jamaluddin Abu Bakar merupakan menteri paling cool dan sporting di Malaysia.

Mana tidaknya, walaupun telah dilantik selaku Menteri Belia dan Sukan, beliau langsung tidak ‘geli’ atau ‘jijik’ menjadi tukang cuci, waima pengutip sampah.

Malah, sanggup meluangkan masa ‘menukar’ kerjaya sebagai pekerja syarikat Alam Flora.

Demikianlah yang dilakukan Khairy untuk sebuah filem pendek berdurasi lima minit yang bertujuan meningkatkan kesedaran golongan belia terhadap pengurusan sisa pepejal, kitar semula dan menjaga alam sekitar.

Apa yang lebih mengejutkan, Khairy membawakan watak ‘Mat Bangla’ dari Chittagong yang dikenali sebagai Ahmad Khairy Jamal Udeen Chowdhury. Menarik bukan?

r

“Ahmad Khairy Jamal Udeen Chowdhury dari Chittagong, Bangladesh bakal tampil dengan filem pendek (5 minit) baharu untuk meningkatkan kesedaran para belia terhadap pengurusan sisa pepejal, kitar semula dan menjaga alam sekitar

“Ahmad Khairy sangat kagum dengan dasar kitar semula di negara angkat beliau, Meleishia,” tulisnya di Facebook.

Secara kebetulan, watak Khairy nampaknya berpadanan berikutan kulit wajahnya yang gelap sesuai untuk memegang watak ‘Mat Bangla’.

Dalam pada itu, Khairy turut meluahkan rasa hormat dan kagumnya terhadap pekerja Alam Flora dan pengurusan sisa pepejal.

“Respek kepada abang-abang Alam Flora dan waste management ni. Bila dah ‘pakai kasut’ mereka barulah kita tahu kerja yang sangat penting ini,” katanya.

Selain itu, Khairy turut berkongsi gambarnya lengkap memakai baju pekerja Alam Flora, berdiri sambil memegang sebatang penyapu bersebelahan lori sampah.

Sebelum ini, Khairy pernah berlakon membawakan watak penjual ayam percik di sebuah tapak pasar malam. – MYNEWSHUB.CC

 

<iframe width=”560″ height=”315″ src=”https://www.youtube.com/embed/doNm11qnw8o” frameborder=”0″ allowfullscreen></iframe>

 

Sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *