Home > Berita > Disebalik Keindahan ‘Wedding Of The year’ Yuna, Ada Kejadian Yang Tidak Diingini Telah Berlaku Sehinggakan Tok Kadi Kena Naik 4×4

Disebalik Keindahan ‘Wedding Of The year’ Yuna, Ada Kejadian Yang Tidak Diingini Telah Berlaku Sehinggakan Tok Kadi Kena Naik 4×4

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Seperti ramai kita tahu [penyanyi antarabangsa dari Malaysia Yuna dan pasangannya Adam Sinclair telah mengadakan majlis resepsi pada 26 Januari lalu di Puncak Rimba di mana pasangan ini telah menampilkan kelainan dalam majlis mereka itu dengan menonjolkan tema impian setiap wanita iaitu ‘garden wedding’.

Majlis resepsi yang dihadiri oleh kira-kira 300 para tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga dan rakan-rakan dari kedua-dua keluarga mempelai itu telah menjadi bualan ramai.

Manakan tidaknya, kelibat Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Datuk Mat Zara’ai pada malam itu dyang mengenakan gaun putih berjalan beriringan dengan puteranya Adam Sinclair bagaikan puteri kayangan sehingga majlis resepsi berkenaan digelar sebagai antara “wedding of the year”.

Keindahan majlis tersebut telah mendapat pujian netizen sehingga ada yang berbicara impian mereka di laman sosial untuk memiliki majlis sehebat itu bila melansungkan perkahwinan nanti, dengan kanopi lut sinar dihiasi lampu-lampu bergemerlapan menghiasi ‘kayangan’ itu di puncak bukit di kelilingi hutan tropika bagaikan di awangan.

Pasti ramai tertanya-tanya siapakah gerangan yang bertanggungjawab menyiapkan set-set kanopi dihiasi lampu-lampu cantik yang gah itu, mereka adalah kakitangan daripada syarikat YSA Events, mereka-mereka ini yang  merupakan pereka bentuk tent (Title Designer Tent) memerah idea dan keringat untuk memastikan majlis perkahwinan Yuna dan Adam yang bertempat di puncak rimba, bentong itu berjalan dengan gilang gemilang.

Untuk pengetahuan semua Istilah Title Designer Tent ni masih baru lagi (niche market) di Malaysia di mana Pengarah/Pereka yang bertanggungjawab, saudara Amir Firdaus telah berjaya membawa trend tersebut di dalam industri perkahwinan di Malaysia agar rekaan dan dekorasi kanopi standing dengan rekaan pelamin bagi mencantikkan lagi keseluruhan dekorasi sesebuah majlis perkahwinan mahupun majlis korporat.

Menampilkan olahan tema ‘Tropical’, kanopi lut sinar itu adalah ilham daripada Amir Firdaus sendiri, ianya dihiasi/didekorasi dengan bunga dan daun-daun segar ‘tropical’ yang terdiri daripada 10 jenis daun dan bunga yang didapatkan dari habitat asalnya iaitu hutan sebenar.

Sebanyak dua buah lori penuh muatan bunga telah digunakan, lampu-lampunya pula terdiri daripada 10 ribu biji mentol‘naked bulb’ dan chandelier’ bagi menghiasi majlis malam resepsi Yuna dan Adam. Seramai 50 orang pekerja YSA digunakan bagi kerja pemasangan kanopi perkahwinan Yuna itu berjalan dengan lancar dan tempoh yang diambil adalah sekitar 7 hari bagi kerja pemasangan.

Kita hanya nampak cantikkan? tapi tahukah anda disebalik kecantikan itu sebenarnya telah berlaku beberapa kejadian yang tidak diingin telah terjadi, pahit jerih pengorbanan kakitangan YSA telah teruji demi menyiap dan menjayakan majlis perkahwinan Yuna itu. Apa yang terjadi? jom baca lagi.

Bencana alam banjir berlaku 2 hari sebelum majlis bermula

Bermula dari persiapan 2 hari sebelum tarikh majlis masalah banjir berlaku secara tiba-tiba Air sungai di jambatan laluan masuk ke puncak rimba tersebut telah naik lalu menyebabkan terputus hubungan iaitu kenderaan dan pejalan kaki tidak boleh merentasi jambatan tersebut bermula jam 5 petang hingga 8 pagi keesokan harinya.

Pekerja-pekerja YSA dan juga pekerja lain telah terputus bekalan makanan yang menyebabkan mereka kelaparan dalam membuat kerja sehingga lah mereka dapat mencari alternative lain dengan mengikat tali ke jambatan tersebut bagi menyalurkan bekalan makanan.

Pukul 2 pagi, salah seorang pekerja YSA dengan beraninya telah merentasi jambatan yang telah dinaiki air tersebut dengan menggunakan 4wd drive bagi untuk keluar daripada tempat tersebut. Ada juga pekerja dan orang yang lain terpaksa bermalam di dalam kereta rumah tersebut akibat tidak dapat balik/keluar daripada tempat tersebut.


Hujan turun dengan lebat

Hujan lebat sepanjang hari set up/pemasangan kanopi dilakukan. Team YSA telah bertungkus lumus menyiapkan kerja walaupun terpaksa ‘mandi hujan’ demi wedding Yuna. Oleh itu,5 orang pekerja YSA telah demam keesokan harinya.

Hari Majlis Akad Nikah

Seperti perancangan Akad nikah yang sepatutnya diadakan pada jam 4 petang terpaksa ditunda pada jam 6 petang berikutan masalah banjir lagi sekali melanda kawasan sekitar tatkala itu Hujan lebat mulai turun pada jam 2 petang yang menyebabkan sekali lagi jambatan laluan ke Puncak Rimba ditenggalami air menyebabkan kerja tergendala. Perjalanan Tok Kadi dan pihak rombongan lelaki (Adam) tersangkut di jalan masuk ke jambatan tersebut. Mereka terpaksa menunggu berjam-berjam lamanya sehingga hujan berhenti.

Setelah hujan mulai renyai, mereka masih terkandas disebabkan air di jambatan masih belum surut. Oleh itu, pasukan YSA Events sekali lagi terpaksa menjadi ‘rescue team’@shuttle bagi mengambil dan menghantar para tetamu terutamanya pihak rombongan lelaki dan tok kadi menggunakan 4wd drive mereka sehinggalah majlis tersebut berjalan dengan gah dan jayanya mengikut dengan apa yang di rancang Alhamdulillah. Itulah serba sedikit pengalaman yang diceritakan oleh YSA Events setiap acara ada halangan dan kesukaran dan pihak pengurusan seperti kamilah yang bertanggungjawab untuk membuatkannya mudah, teratur dan licin. Masalah banjir adalah disebabkan bencana alam yang kita tak jangka hujan turun dengan tiba-tiba tanpa kita dapat elak.


Nota dari YSA Events : 

YSA Events adalah merupakan designer tent untuk wedding reception Yuna Adam yang bertempat di puncak rimba, bentong. syarikat yang bertanggungjawab menyiapkan kanopi pada majlis perkahwinan Yuna dan juga merupakan designer tent yang menyempurnakan majlis wedding of the year SM Faliq dan Chryseis Tan.

Memang kreatif la Kanopi yang team YSA Events buat KS pun tertarik nak tahu lebih lanjut? jom Follow :

Facebook : YSA Events
Instagram : YSA Events

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *