Home > Berita > Dua Anggota Trafik Maut Dirempuh Lori

Dua Anggota Trafik Maut Dirempuh Lori

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

KEMAMAN: Dua anggota polis trafik maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan KM139 Jalan Kuala Terengganu – Kuantan kira-kira jam 3.05 petang tadi.

Dua anggota berkenaan dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Dungun itu dikatakan dalam perjalanan dari Mersing ke Kuala Terengganu setelah mengikuti program konvoi motosikal yang dianjurkan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPK Terengganu.

Menurut sumber, ketika konvoi melalui jalan berhampiran bangunan Kowaja Teluk Kalong, Kemaman itu, tiba-tiba sebuah lori pick-up jenis KIA berwarna putih dikatakan telah memasuki laluan konvoi dan merempuh kedua-dua mangsa.

Mangsa dikenali sebagai SM Abdul Hakim Bin Samingan, 54, dan KPL Sureh A/L Itchang, 36, mengalami kecederaan parah dan meninggal di tempat kejadian.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat. – Siakapkeli.my

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *