Home > Berita > Fathia Latiff: “Yang Pasti, Saya Berdiri Teguh Dengan Setiap Apa Yang Saya Katakan”

Fathia Latiff: “Yang Pasti, Saya Berdiri Teguh Dengan Setiap Apa Yang Saya Katakan”

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

PELAKON Fathia Latiff mempertahankan setiap apa yang disuarakannya tanpa rasa takut atau meminta pertolongan daripada sesiapa sekali pun.

Fathia, 30, berkata dia mempunyai hak untuk bersuara dan begitu juga dengan rakan selebriti, Dira Abu Zahar.

Dira ada hak untuk berkata apa yang dia mahukan dan begitu juga saya.


“Yang pasti, saya berdiri teguh dengan setiap apa yang saya katakan tanpa berasa takut atau meminta pertolongan daripada orang lain,” kata Fathia.

Fathia berkata sedemikian menerusi Twitternya, sebagai membalas kenyataan Dira yang juga Exco Puteri Umno Bahagian Tangga Batu, Melaka kerana menyelarnya ketika berucap bagi menyokong ucapan dasar ketua puteri Umno pada perhimpunan sayap berkenaan pada Rabu.

Menerusi laporan The Star, Dira atau nama sebenarnya Khaidhirah Abu Zahar menasihatkan Fathia supaya ‘duduk diam’ dan menumpukan pada kerjaya lakonannya.

“Tidak perlu mencampuri urusan kerajaan,” kata Dira dalam ucapannya.

Sumber: mStar Online

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *