Home > Berita > Fesyen Baju Melayu Tak Berbaju Dikritik Netizen

Fesyen Baju Melayu Tak Berbaju Dikritik Netizen

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

JIKA sebelum ini fesyen jubah lelaki yang dimodenkan dicerca netizen, kali ini baju Melayu ‘alaf baru’ yang tidak berbaju ini juga turut menerima kecaman yang sama.

Rata-rata menyifatkan rekaan pereka fesyen ini seolah-olah ‘memperlekehkan’ keaslian baju Melayu.

Rekaan tersebut ciptaan Anuar Faizal dan diperagakan di satu majlis di Victoria Institution, Kuala Lumpur semalam.

Antara komen yang ditinggalkan pelayar media sosial,

“Macam ni nak pergi beraya? Kau biar betul Nuar oi,” tulis Zddzmddn.

“Oush, tolonglah hormat hari raya, agak-agaklah kalau nak buat fashion show pun tak payahlah sampai tayang-tayang body. kan baju melayu ada adat,” tulis 1998coutures.

Affigkamal pula menulis, “Bodohnya lahai fesyen baju melayu macam ni.. Siap dedah aurat pula tu”.

Tapi, rasanya mungkin pereka fesyen ini sengaja membiarkan model peragaannya shirtless bagi memberi kesempatan kepada penonton melihat sendiri perincian yang ditampilkan menerusi seluar baju Melayu itu sendiri.

Takkanlah ada lelaki yang sanggup pergi rumah saudara-mara beraya dengan hanya pakai seluar dan kain samping serta songkok semata-mata kan.

Namun kalau ada jugak yang berani…apa salahnya…cuma reaksi tuan rumah tu yang tak dapat dibayangkan. – MYNEWSHUB.CC

Sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *