Home > Berita > FUNGSI BARU XIAOMI MIUI7 DIPERKENAL

FUNGSI BARU XIAOMI MIUI7 DIPERKENAL

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

MIUI7

FUNGSI BARU XIAOMI MIUI7 DIPERKENAL | Pada minggu lalu, pihak Xiaomi telah memperkenalkan MIUI7 dan kini ia diperkenalkan di India pula. Kali ini pihak Xiaomi telah mengumumkan fungsi baru yang terdapat pada MIUI7.

Antara fungsi tersebut ialah kadar responnya 30% lebih pantas berbanding sebelumnya. Malah penggunaan bateri 25% lebih lama berbanding sebelumnya.

MIUI7 mempunyai empat tema asas iaitu  High Lige, Pink Blush, Ocean Breeze dan asli. Setiap tema direkabentuk  dan membawakan penggunaan tema yang berbeza mengikut citarasa pengguna.

Antara kelebihan lain yang ada pada MIUI7 ialah kebolehannya untuk mengubah paparan saiz teks daripada pilihan S sehingga XXL .

Fungsi baru lain yang terdapat dalam MIUI7 ini adalah galeri dinamakan sebagai Baby Album. Ia berfungsi mengecam  wajah untuk mengenal pasti wajah bayi dan seterusnya mengkategorikan ia dalam satu album khusus untuk anda lihat.

Terdapat juga fungsi Child Mode  yang membolehkan anda mengaktifkan sebuah mod khusus dan membolehkan anak atau adik anda hanya mengakses beberapa aplikasi terpilih sahaja – sementara tidak memberikan akses kepada aplikasi permesejan, emel dan sebagainya.

Manakala fungsi yang dinamakan sebagai Showtime  pula membolehkan pengguna menambah video lima saat pada buku alamat, dan ia akan memaparkan video tersebut apabila seseorang membuat panggilan.

Pihak Xiaomi juga bekerjasama dengan Opera Software dan menyertakan Opera Max pada MIUI7. Peranti ini akan ditawarkan bermula 24 Ogos dalam bentuk beta.

Sumber- amanz.my

 

 

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *