Home > Berita > Gadis putus cinta mati terjun dari tingkat 9

Gadis putus cinta mati terjun dari tingkat 9

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

KUALA LUMPUR: Gara-gara hubungan cintanya tidak direstui keluarga, seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat nekad terjun dari tingkat sembilan sebelum ditemui mati di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Wahyu, Kepong, di sini, pagi semalam. 
Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa, V Thevagi dikatakan menghempap sebuah motosikal sebelum terjatuh di atas jalan dan mayatnya ditemui terlentang dan berlumuran darah.
Kejadian berlaku apabila mangsa yang tinggal di PPR Beringin, berkunjung ke rumah saudaranya di PPR Taman Wahyu di tingkat lapan, sebelum menemui teman lelakinya di sebuah rumah kosong di blok yang sama.
Bagaimanapun, tindakan mangsa dikesan ibu saudaranya sebelum diugut akan memaklumkan perkara itu kepada ibu bapanya yang dianggap memalukan keluarga. 
Mangsa yang merayu supaya tidak menceritakan hubungannya itu, namun tidak dipedulikan ibu saudaranya sebelum dia nekad berlari ke tingkat sembilan lalu terjun dari aras terbabit. SUMBER BERITA HARIAN

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *