Home > Berita > Galaxy Note 7 Dilarang Dalam Pesawat Air Asia

Galaxy Note 7 Dilarang Dalam Pesawat Air Asia

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.





KUALA LUMPUR, 16 Okt: Telefon pintar Samsung Galaxy Note 7 tidak dibenarkan sama sekali dibawa ke dalam pesawat syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia berkuat kuasa tengah malam ini.

Perkara itu diumumkan oleh AirAsia menerusi satu kenyataan yang menjelaskan larangan itu dibuat berikutan aspek keselamatan penumpang dan pesawat.

Selain itu, larangan terbabit juga selaras dengan larangan yang diwartakan oleh Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat terhadap teleon pintar itu.

Penumpang tidak dibenarkan membawa Galaxy Note 7, termasuk unit yang ditukarkan atau dipanggil semula, sama ada dalam bagasi daftar masuk, kabin mahu pun kargo.

Mana-mana penumpang yang dikesan membawa peranti ini tidak akan dibenarkan menaiki pesawat,” katanya.

Larangan terbabit turut terpakai kepada semua pesawat kumpulan AirAsia, merangkumi AirAsia Malaysia dengan kod pendaftaran penerbangan AK, AirAsia Thailand (FD), AirAsia Indonesia (QZ), AirAsia Filipina (Z2), AirAsia India (I5), Malaysia AirAsia X (D7), Thai AirAsia X (XJ) dan Indonesia AirAsia X (XT).

Sumber : BH Online

sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *