Home > Berita > GALAXY TAB S2 TERNIPIS DAN RINGAN

GALAXY TAB S2 TERNIPIS DAN RINGAN

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

galaxy tab s2

GALAXY TAB S2 TERNIPIS DAN RINGAN | Samsung kini mempertaruhkan satu lagi telefon pintar milik mereka iaitu  Galaxy Tab S2, tablet premium yang paling nipis dan ringan.

Dengan saiz paparan 8 inci, ia dikemaskan dengan bingkai besi. Memiliki ketebalan 5.6 milimeter dan berat  392 gram (model 9.7 inci) dan 272 gram (model 8 inci). Turut mempunyai kelebihan dwifungsi iaitu untuk membantu meningkatkan produktiviti dan sebagai alat hiburan yang senang dibawa ke mana-mana.

Galaxy Tab S2 turut menawarkan teknologi Super AMOLED. Dilengkapi dengan perisian Microsoft Office dan OneDrive yang memudahkan menyimpan data 100 gigabit secara maya dan percuma selama dua tahun.

Bagi  model 9.7 inci ia boleh digunakan bersama papan kekunci Book Cover Keyboard bagi memudahkan urusan menaip.

Tablet ini turut mempunyai fungsi keselamatan sistem pengenalan cap jari pada butang pemula (home key) dan perisian anti-malware.

Selain itu turut ditawarkan bersama perisian TV internet Iflix diberikan secara percuma selama setahun buat pembeli Galaxy Tab S2 dan  Milk Music yang menawarkan radio internet percuma dengan sembilan pilihan genre muzik.

Ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu hitam, emas dan putih. Harga pasaran akan dijual dengan harga RM1,699 dan RM1,999 (saiz 9.7 inci).

Sumber- bharian online

 

 

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *