Home > Berita > GAMBAR HOT 4 GADIS MELAYU DEGIL SERTAI RATU CANTIK MISS MALAYSIA WORDL 2013

GAMBAR HOT 4 GADIS MELAYU DEGIL SERTAI RATU CANTIK MISS MALAYSIA WORDL 2013

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

GAMBAR HOT 4 GADIS MELAYU DEGIL SERTAI RATU CANTIK MISS MALAYSIA WORDL 2013-Empat gadis Melayu yang digugurkan daripada senarai finalis pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World 2013  iaitu Wafa Johanna De Corte, 19, dan Sara Amelia Bernard, 20, Kathrina Rizuan, 23 dan Miera Sheikh, 19.

Bagaimanapun, mereka menyifatkan keputusan itu adalah sebagai salah satu daripada diskriminasi berlandaskan agama.

Menurut Wafa Johanna, “saya sangkakan akhirnya peserta Muslim akan dibenarkan menyertainya sekaligus mewakili Malaysia.  Saya juga menyangkakan perkara ini (sertai pertandingan ratu cantik) adalah okay, sebab pertandingan akhirnya akan diadakan di negara yang kebanyakan penduduknya beragama Islam iaitu di Indonesia.

“Saya tidak akan memakai pakaian renang ataupun bikini sebaliknya akan memakai pakaian sukan yang bersesuaian,” katanya.

Selain Wafa, seorang lagi finalis, Sara Amelia Bernard turut menyatakan perasaan terkejut serta berasa terkilan di atas penguguran namanya sebagai finalis daripada 20 peserta akhir yang telah disenarai pendekkan.

“Kami dibenarkan menyertai pertandingan ini selagi tidak mendedahkan mana-mana bahagian badan, sebaliknya yang ingin ditonjolkan adalah personaliti setiap finalis yang bertanding.

“Kalalu mereka mahu melarang kami, kenapa mereka tidak melarang wanita Muslim yang mewakili negara dalam sukan renang dan gimnastik?” katanya.

“Saya berasal daripada ibu bapa yang berkahwin campur dan saya sememangnya dilahirkan sebagai seorang Islam.  Saya tidak ada sebarang prejudis terhadap agama sendiri, tetapi nama digugurkan atas alasan tersebut adalah sesuatu yang tidak masuk akal,” katanya.

SUMBER DARI HTTP://ABGTEROR.COM

Carian ke artikel ini

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *