Home > Berita > (Gambar & Video) Penyokong Celtic Kibarkan Bendera Palestin Ketika Raikan Kemenangan Kalahkan Kelab Israel

(Gambar & Video) Penyokong Celtic Kibarkan Bendera Palestin Ketika Raikan Kemenangan Kalahkan Kelab Israel

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Pasukan bola sepak gergasi Scotland, Celtic FC bakal menghadapi penalti daripada UEFA selepas penyokong kelab yang berpengkalan di Glasgow itu telah mengingkari arahan dengan mengibarkan bendera Palestin ketika perlawanan playoff Liga Juara-Juara Eropah menentang kelab Israel Hapoel Be’er Sheva, lapor RT.com.

Kelab yang dilatih oleh bekas jurulatih Liverpool, Brendan Rodgers itu berjaya mengalahkan kelab Hapoel Be’er Sheva 5-2.

Pihak polis telah memberi amaran akan menangkap penonton yang mengibarkan bendera Palestin tetapi tidak diendahkan penyokong, Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) juga sejak awal-awal lagi sudah melarang penonton melakukan provokasi atau membawa politik ke dalam stadium, namun ternyata ia tidak dipedulikan oleh penyokong Celtic yang terus mengibarkan bendera Palestin dengan bangga dari awal permainan hingga ke detik meraikan kemenangan kelab mereka.

Tindakan penyokong itu sebagai tanda sokongan kepada perjuagan rakyat Palestin yang mempertahankan tanah air mereka daripada dijajah oleh Israel, kempen untuk mengibarkan bendera Palestin itu telah disebarkab di laman Facebook melalui undangan dinamakan “Fly the flag for Palestine, for Celtic, for Justice”. – Siakapkeli.my

sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *