Home > Berita > GEMPAR! 7 ORANG DIKESAN POSITIF H1N1 DI SABAH

GEMPAR! 7 ORANG DIKESAN POSITIF H1N1 DI SABAH

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

GEMPAR! 7 ORANG DIKESAN POSITIF H1N1 DI SABAH-KOTA KINABALU: Seramai tujuh orang dikesan positif virus Influenza A (H1N1) di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas di Sabah.
h1n1 di sabah
Pengarah hospital, Dr Tan Bee Hwai berkata, lima kanak-kanak dan dua penjaga dewasa didapati positif H1N1 selepas menjalani ujian bagi virus itu.

Berikutan keputusan itu, seluruh wad di hospital tersebut yang terletak kira-kira 10 kilometer dari Kota Kinabalu terpaksa dikuarantin.

“Ini termasuk pesakit-pesakit, pembawa wabak itu dan kakitangan di wad,” katanya ketika dihubungi The Star pada Khamis.

“Keutamaan kami sekarang ialah menghentikan penularan itu termasuk mengkuarantin wad dan memastikan semua menjaga kebersihan diri seperti kerap mencuci tangan selain penggunaan topeng muka,” tambah Dr Tan.

Beliau berkata, pegawai perubatan turut berusaha untuk mengenal pasti sumber yang membawa wabak H1N1.

Dr Tan berkata, doktor dan kakitangan juga perlu bersedia untuk mengendalikan situasi itu berikutan wabak H1N1 pernah berlaku di hospital itu pada 2009.

“Kita mempunyai tindakan yang perlu dan tempat rawatan perubatan bagi menghadapi wabak ini,” katanya.

Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah, Dr Christina Rundi tidak dapat dihubungi bagi mengulas perkara itu.

Difahamkan ujian saringan terhadap pesakit, ibu bapa pesakit atau penjaga dan kakitangan di hospital itu sejak dua hari lalu.

Walaupun tiada pegawai kesihatan mengumumkan mengenai wabak itu, kakitangan yang telah bekerja sejak 8 Januari lalu diminta untuk menjalani ujian saringan.sumber-mstar.com.my

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *