Home > Berita > GEMPAR! Pelawak Yus Jambu Telah Meninggal Dunia

GEMPAR! Pelawak Yus Jambu Telah Meninggal Dunia

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

GEMPAR! Pelawak Yus Jambu Telah Meninggal Dunia-Pelakon dan pelawak, Yus Jambu, 39, atau nama sebenar, Yussry Edoo meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di Hospital Selayang, sebentar tadi.

Sahabat rapat kepada pelawak itu, Sherry Al Hadad, berkata Yus atau lebih dikenali dengan gelaran Pak Yus rebah ketika mengadakan persembahan dan terus dikejarkan ke hospital. “Saya dimaklumkan oleh Abang Afdlin mengenai perkara itu.

Dia meminta supaya kami mendoakan kesihatan Pak Yus. “Tidak lama selepas itu, kami diberitahu Pak Yus sudah tiada lagi. Buat masa ini, hanya itu saja yang dapat yang dapat saya kongsikan. “Saya dalam perjalanan ke Hospital Selayang untuk menziarahi jenazah arwah,” katanya kepada BH Online.

yus jambu

Beberapa rakan artis turut memuat naik status dan gambar di media sosial bagi memaklumkan mengenai berita kematian pelawak itu.

Sementara itu BERNAMA melaporkan, Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Rozaidi Abdul Jamil atau Zed Zaidi ketika dihubungi berkata, Allahyarham Yus Jambu akan dikebumikan di kampung halamannya di Tanah Perkuburan Kampung Nesam, Batu Pahat, Kangar, Perlis, hari ini.sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *