Home > Berita > GEMPAR! TUN MAHATHIR CERITA HANTU

GEMPAR! TUN MAHATHIR CERITA HANTU

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

GEMPAR! TUN MAHATHIR CERITA HANTU-Walaupun sebelum ini bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad lebih fokus kepada isu politik dan semasa, namun dalam entri blog yang terbaharu, chedet.com berbeza sudut penceritaannya.

Kali ini beliau menceritakan tentang hantu!

Dr Mahathir melalui entri itu berkata, beliau tidak takut berhadapan dengan makhluk halus sekaligus menyifatkan kejahatan manusia lebih ganas.
Tun-Dr-Mahathir
“Saya percaya akan kejahatan manusia dan betapa ganasnya mereka, tetapi saya tidak percaya dan tidak takut kepada orang halus atau lain-lain makhluk ghaib.

“Saya juga tidak percaya ada cara untuk jadi kebal dari tikaman dan peluru,” tulisnya.

Dalam pada itu, Dr Mahathir yang juga veteran Umno itu berkata, kepercayaan dan ketakutan masyarakat Melayu terhadap makhluk ghaib dan halus itu menyebabkan ramai yang berusaha untuk melindungi tempat kerja dan sebagainya.

Tambahnya, kepercayaan itu juga telah menyebabkan individu tersebut sering mengadakan acara yang dicampur aduk dengan agama yang kononnya boleh melindungi mereka berbanding “Mat Salleh” yang tidak mempunyai kepercayaan itu.

“Di masa-masa yang lampau ini kita dapati ramai yang berusaha untuk melindungi pejabat dan hospital Kerajaan dari hantu dan orang halus.

“Acara ini termasuklah menanam telur, menyimbah air dan membaca doa-doa tertentu yang telah dikenalpasti oleh bomoh-bomoh. Ada juga yang menanam botol air di sudut-sudut tertentu bangunan berkenaan,” ujarnya.

Selain itu, Dr Mahathir juga meminta penjelasan daripada golongan agamawan berhubung perkara itu.

“Saya ingin tahu dari ulama-ulama akan kebenaran adanya hantu dan orang halus ini. Dari mana mereka datang. Apakah kedudukan mereka dalam agama Islam.

“Jika kita percaya mereka berkuasa dan kita perlu layan mereka jika ingin selamat, apakah tidak kita menyekutukan ALLAH SWT atau memberi kuasa kepada yang lain selain dari ALLAH yang kita sembah?,” soalnya.sumber-http://pilihan-anda.blogspot.com

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *